Friday, December 31, 2010

Permusuhan Indonesia dan Malaysia, bila mahu berakhir!

2 comments

oh! sejak-sejak dari kekalahan Indonesia kepada Malaysia 2 hari yang lepas, Indonesia masih berdendam habis-habisan! oh! bila mahu berhenti ni dong! ingatkan rakyat-rakyat negara indonesia ni sudah menerima keputusan, tetapi.. oh! sangat dukacita!

seba permusuhan itu, indonesia telah menghack pelbagai laman web dari malaysia. mereka mengatakn yang rakyat Malaysia bermain dengan laser jadi mereka bermain dengan server. oh! kalau la kai pandai bab Hacker ini. tentu sudah lama di hack web-web indonesia tu. ops lupa! negara Malaysia kan negara demokrasi. haha!


web-web yang telah di-Hack oleh indonesia :


http://www.extremedge.com.my/index.aspx
http://securityfarm.it/alfaztcc.html
http://epitomesalon.org/
http://www.enwell.net/news/thread.php?id=3458
...http://oka1302.webs.com/malingsia.html
http://www.football.com.my/
http://www.fam.org.my/
http://aierizal.com/
http://www.pitalagenda.com/web/
http://learnictl.com/

http://jazlijoe.com/
http://jabatrahmotel.com/
http://gambarbising.com/blog/
http://firmahbridalhouse.com/

p/s:mana hacker malaysia?
Jom Like!:D

Thursday, December 30, 2010

Kenapa kita perlu Mendengar?

0 comments

telinga adalah untuk mendengar. tapi adakah kita akan guna salah satu deria penting kita ini dengan sebaiknya? cube tanya diri korang sendiri. korang mendengar dengan telinga, hati atau kaki? kalau dengan kaki terjadi lah peribahasa masuk telinga kiri, kuar telinga kanan.

kenapa mendengar ini penting bagi kita? ingat lagi tak dekat sekolah masa cikgu tengah mengajar, kita mendengar cikgu kita 'membebel' di papan hitam sampai kadang-kadang boleh bernanah telinga. bila da habis cikgu akan tanya soalan balik, dan kita hanya ternganga tak tahu nak jawab apa? adakah kita menghayati atau cuma mendengar ? sebab itu lah ada sesetengah orang menganggap sekolah hanya untuk sijil, markah dan sebagainya.

kita sepatutnya berbangga kerana kita mempunyai telinga. bayangkan tiang, pokok dan benda yang tiada nyawa yang lain. apabila kita terlanggar mereka adakah kita akn salh kan diri kita sendiri. oh tidak! kai sendiri juga membuat benda yang sama. kai akan 'memaki' mereka balik. "argh! bodoh punya tiang!" "bodoh! sapa tanam pokok tepi ne!"

bayangkan la jika kita hidup tanpa telinga. boleh ka dengar lagu? menonton tv tanpa bunyi? renung-renungkan lah..



Jom Like!:D

Wednesday, December 29, 2010

malam penentu AFF suzuki 2010 - Malaysia vs Indonesia!

0 comments



malam ini adalah penentu yang sebenar antara Malaysia dengan Indonesia. adakah malam ini akan menjadi pesta laser atau malam peperangan? oh! harap tidak berlaku itu semua. sama-sama kita tunggu da lihat.

sebelum ini Indonesia pernah mengeluarkan kenyataan yang mereka dibolosi 3 biji gol disebabkan pancaran laser yang dikena pada penjaga gol mereka, Markus Harrison. oh! alasan yang sangat 'bernas' dari mereka. Malaysia juga pernah merasa kehebatan pancaran laser ini 1 disember yang lepas tapi bagaimana Malaysia mengambil tindakan? oh! Malaysia tidak sama sekali menyalahkan pancaran laser itu yang menyebabkan kekalahan 5 - 0 pada 1 disember lepas.

siapa akan menang anugerah laser paling lama?

beberapa hari lepas salah seorang artis dari Indonesia, Julia Perez mengeluarkan kenyataan yang dia akan memakai coli laser khas untuk membalas dendam kepada pemain malaysia. oh! bagaimana Malaysia akan menghalang perkara ini dari terjadi? adakah pada malam ini semua pemain akan memakai cermin mata? kita tunggu dan lihat!

saya mahu pakai coli laser malam ini! siapa mahu ikot sih?

p/s: malam ini kalau peniaga jual laser mesti untung kalau buka gerai depan stadium.. haha!

Jom Like!:D

adakah anda Lelaki maskulin?

1 comments
lelaki maskulin? siapakah mereka? ada sesetengah memanggil mereka lelaki 'jambu'. adakah kerana mereka terlalu menjaga ketrampilan diri sendiri sehingga di cop sebegini? entry kai kali ini ingin mengupas ciri-ciri seorang lelaki maskulin. adakah korang salah seorang dari mereka?

sebenarnya bagi kai tidak salah menjadi lelaki yang seperti perempuan, menjaga seluruh aset2 tubuh yang dicipta oleh yang maha esa di atas sana. dalam hadis juga ada mengatakan kita perlu menjaga setiap aset tubuh badan kita ini, kerana semasa kita berada di kubur aset kita ini la yang akan menjawab semua pertanyaan dan jika kita mnejaga mereka dengan elok tentu saja 'mereka' ini akan membantu kita nanti.

ciri-ciri lelaki maskulin bagaimana pula ya? oh! kai tidak menafikan mereka ini bermuka bersih, rambut sentiasa bersikat rapi, pakaian pula sentiasa bergosok dan sentiasa kemas. mereka ini sebenarnya senang dibuat kawan. oh! kai bukan seorang gay! disini kai cuma mengatakan kai juga mungkin salah seorang dari mereka.

oh! siapa tidak mahu kan? menjadi yang tebaek. kita sentiasa berlumba untuk menjadikan diri kita ini yang pertama. dari kecil lagi kita sentiasa dilatih dengan peperiksaan untuk menentukan siapa yang pertama dan siapa yang terakhir. hidup ini sebenarnya satu perlumbaan bukan?

bagi kai, tidak ada salah menjadi lelaki maskulin asalkan kita kenal siapa diri kita yang sebenar. "be urself people"

p/s: kai lama tak update blog ini sebab exam.. doakan kai yang terbaek dalam exam ya? terima kasih.. =)
Jom Like!:D

Friday, December 24, 2010

eh esok Krimas la ye?

1 comments

"esok hari raya, yeay!" fuh.. kalau kai cakap macam ne gerenti kena tempelang selaju mungkin kan nya dekat mak kai. esok hari krimas ke? asal kai tak rasa macam tu pun? sebenarnya kai ada soalan nak tanya pakcik santa ne.. tapi hari-hari mesti die off fon tak nak jawab mesej.. Buzy la katanya.. please santa.. jawab2!

1. kenapa santa suka pakai baju tidur warna merah?
cube la paki warna pink la tahun ne.. eih bosan la orang lain setiap tahun beli kain buat baju raya warna lain. kalau nak kekalkan warna tu tak kisah la tapi buat la ade corak2 sikit, labuci ke? buleh?

2.Pakcik santa kenapa tak reti potong janggut?
yang ne aku pelik, kenapa pak cik santa malas nak potong janggut? tapi rajin pula kan singgah-singgah rumah budak2 masa malam ray kan? pak cik santa pergi la potong, takkan pakcik nak tiru A. Samad Said kot?

3.Kenapa pakcik santa suka orang gantung stoking ?
aduh.. tau tak stokin tu busuk! kai tahu pakcik terpaksa cium setiap bau2 stoking yang da macam bau bangkai + chagon tahp kritikal. suruh la kaum2 pakcik tu gantung plastic beg kan ke lagi besar.

4.Kenapa pakcik santa tak bagi hadiah dekat kai?
hari-hari kai tunggu tapi tak bagi pun.. ish ish.. apa? pak cik bagi hadiah dekat kaum pakcik je? takpa la pakcik kai bangga menjadi seorang umat islam! amin.

pak cik santa, selamat hari krimas esok, kai tak nak hadiah ok? kai tak sambut pun! pasal kai orang islam!

p/s: merepek di malam krimas!
Jom Like!:D

Thursday, December 23, 2010

Kuman ada di mana-mana!

6 comments
Katakan tidak !

tahukah korang kuman sentiasa ada berdekatan kita? kerja kuman ne sama saja dekat syaitan yang selalu men'follow' kita ke mana sahaja. oh! sangat bahaya! kita mungkin tidak perasan tapi kuman sentiasa ada.

tanpa kita sedari, komputer yang selalu kita guna selalunya ada 400 kali ganda kuman bakteria dari kuman daripada di mangkuk tandas. sangat melampau! Entry kai ini juga mungkin berbaur kuman! sila baca selepas membersih tangan, terima kasih. membasuh tangan budaya kita.

selain dari komputer, tempat2 seperti telefon bimbit juga tak kurang bahaya nya. kuman ini tetap ada walaupun kita tidak topup mereka seperti topup kredit panggilan. alangkah bagus kalau kuman ini boleh dijadikan topup. oh! bahagianya dunia ini..

bagi mereka-mereka yang suka bershopping sakan mereka mungkin juga pembawa dan menjadi rumah kepada kuman yang tak guna ini. troli yang kita usung itu mungkin tempat segala bapak kuman. jadi sebelum mengambil troli itu dinasihatkan membaca bismillah tiga kali, selawat 1 kali dan hembus sekuat hati. haha! basuh tangan sudah !


tora datang lagi dengan helikopter terbang! oh tidak.. ini bukan barangan dari tora atau tamiya. ini adalah rahsia turun temurun sejak hang li po dilahirkan lagi. pati membunuh kuman tanpa bilas atau orang putih panggil Sanitizer. segala bapak kuman akan mati dengan drastik. tak caya cuba guna? kalau tak silap kai sebelum masuk hospital mesti ada minah guard akan tahan dan berkata dengan garangnya "adik! basuh tangan dulu sebelum masuk okey?"Jom Like!:D

Tuesday, December 21, 2010

5 benda perempuan tak suka pada Lelaki!

9 comments
ingat lagi tak? kai pernah bagi tip 5 bahasa tubuh lelaki itu Tak minat korang oh rasa kekurangan rohani dan jasmani pula sebab tip tu hanya untuk perempuan je kan? haha.. kali ini kai buat tip untuk lelaki pula.. untuk menyedarkan kaum lelaki kenapa perempuan yang kita suka rapat, bercintan-cintun setiap terbit matahari hingga timbul bulan boleh tinggal kan kita dalam sekelip mata.. kepada kaum perempuan kalau kai tersilap, tolong jangan marah ya?

perempuan ramai yang suka memilih? oh tidak! lelaki pun sama juga la kan? kaum lelaki jangan cakap tak ok? kai pun salah seorang lelaki di dunia ini.. haha.

5: anda seorang pemalas

ini sangat bahaya. perempuan tidak suka kalau lelaki yang mereka suka seorang yang sangat pemalas. nak bayar duit makan malas, nak beli tiket wayang pun bagi alasan malas juga. perbuatan ini sangat la menempah maut. tunggu saat je la perempuan tu akan cakap "eh asyik-asyik cakap malas, malas betul la couple dengan kau ne!"

4: anda kaki temberang

haa yang ni aku sendiri pun tak suka. perempuan lagi la kan? siapa tak menyampah kalau korang suka sangat buat cerita tak masuk akal. ada sesetengah tu kata takpe bohong sunat kan? aduh tepuk dahi je.. kalau dalam islam sunat tu maksudnya buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa kan? tapi kalau da hari2 bohong sunat tu?agak2 dapat tak pahala?

3: anda kaki tidor

kaki bola boleh diterima lagi tapi kalau kaki tidor? oh! tepuk dahi je la ye? bayangkan la sehari korang tidur mati dan tak dengar cerita langsung dari kaum awek2 korang tu.. itu baru sehari kan? kalau da nama kaki tidor gerenti la berhari2.. awek korang da pergi lombok pun belum tentu korang tahu lagi..

2: anda kaki carut

pernah tak korang sembang dengan perempuan terkeluar carut-carut ? kalau rasa ada keluar tu baik korang simpan2 kan saja dalam hati. perempuan ini sensitif.. ada sesetengah dari mereka tak sanggup nak dengar benda2 ne semua. sebab tu la keluar peribahasa kerana mulut badan binasa!

1: anda bersifat haji bakhil yang melampau

ok! yang ini sangat la bahaya. tolong jangan la tunjuk sangat sikap 'jimat-cermat' korang tu. nak makan dengan awek pun bayar asing2 sedangkan korang yang ajak keluar. mesti panas je muka awek korang tu nanti kan?

agak-agak korang yang rasa2 diri tu lelaki tu ada tak sikap begini?

p/s: ini hanyalah pendapat kai ok?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
anda suka entry-entry kai ?

mari add Fan Page Kai

Ini Kisah Aku Blog
Jom Like!:D

Seksualiti Merdeka Malaysia, Siapakah mereka?

0 comments
astafirullahalzim..

kai baru ja tahu mengenai Group/kumpulan ini. Mereka menggelar diri mereka Seksualiti Merdeka di malaysia. Begitu 'pandai' mereka ini tentang halal dan haram sehingga menubuhkan kumpulan ini. Tujuan mereka senang sahaja mereka mahu kebebasan dalam hak seksualiti mereka. Mereka ingin bebas mencintai sesiapa tak kira walaupun dalam percintaan kaum sejenis.

Agak sedih kai baca. Ini malaysia la bukannya luar negara! Kenapa perlu ditubuhkan kumpulan yang terang-terang berdosa di negara Malaysia ini yang rata-rata nya ramai beragama Islam. sudah terlalu berilmu ke sampai begini sekali?

Dalam Al-quran juga sudah menyebut bahawa benda ini salah! tidak rasa geli dan jijik ke anda tengok mereka ini? berpegang2 tangan , bercium2 sesama kaum sejenis.


Gambar hiasan

Di sini kai letakkan link video salah seorang 'admin' dalam kumpulan, Seksualiti Merdeka ini

Tekan sini : Saya Gay, Saya ok

Sanggup mengaku GAY di khalayak ramai! oh.. Adakah mereka ini terlalu banyak pahala sehingga mencari dosa sebegini rupa?Bawa la bertaubat wahai saudara islamku.

Sama-sama la kita menentang kumpulan ini di Malaysia.. korang boleh add Group anti Seksualiti Merdeka Malaysia di facebook - TEKAN SINI

entry ini 'dicedok' dari Oh!tidak

p/s: Membetolkan apa yang Betul, Mensalahkan apa yang Salah!
Jom Like!:D

Sunday, December 19, 2010

Suka di tipu ?

4 comments
Gambar hiasan : Mr Google

oh tidak! korang suka ke ditipu ne? ok2.. kai bukan nak cerita pasal korang ditipu seorang penipu yang bertauliah atau ditipu oleh kaki penipu yang professional. tapi pasal peraduan/segmen yang dibuat oleh mereka-mereka yang 'pandai' ini.

Peraduan gores dan menang? cabutan bertuah? Multi level marketing?

penah dengar pasal semua benda ne? oh! kai sangat la tidak suka. tambah2 kalau tengah sesak boleh pula dieorang tarik tangan ke booth dieorang tu. sakit hati betul! jentik telinga nak?

sebelum kena tipu ne, korang kena tengok dulu, tanya soalan dengan bijak.. banyak takpa, kalau peraduan dieorang betul dieorang akan jawab dengan selamba ja. Dalam berita selalu ada cerita pasal ne.. kena tipu sana.. kena tipu sini.. nak salahkan penipu tu pun tak boleh juga la sebab kenapa kita biarkan diri kita ditipu.. macam terjun dalam lombong,tapi kita tak reti nak berenang.

jangan la terlalu percaya mereka ini. kita baru kenal setengah jam lepas da berani tunjuk akaun no bank kita, bagi dieorang info pasal kita, alamat-alamat penting kita semua.. itu adalah satu kesilapan yang sangat besar! lepas tu kalau nangis air mata darah sekalipun, siapa nak tolong? tolong siarkan berita pasal ne boleh la.

Sedarlah korang, dunia ini ada yang lebih hebat dari kita.. kalau rasa kita bijak sangat, ada lagi yang lebih bijak. fikir dulu sebelum buat.

tiga cara kai tolak benda ne semua:

1) tanya soalan sampai dieorang sendiri tak buleh nak jawab.
2) buat muka blur sampai dieorang sendiri rasa nak menyampah.
3) say "No, thank You"Jom Like!:D

Saturday, December 18, 2010

Hargailah persahabatan

5 comments
korang tengok sendiri musuh turun temurun pun boleh bersahabat dengan baik.. mari kita hargai sahabat masing-masing..

Jom Like!:D

5 bahasa tubuh lelaki itu Tak minat korang

14 comments
apa khabar semua manusia alam maya? sihat kah korang? tak sihat pergi makan ubat ok? harini kai nak bagi Tip of The day .. selalu asyik bagi info je kan?

Tip of the day kali ini kai nak ceritakan 5 bahasa tubuh lelaki yang menunjukkan lelaki tu langsung tidak minat dekat korang.. lepas ne kaum2 wanita boleh la terus tinggalkan kalau ada lelaki yang buat begini ok?

Duduk jauh-jauh
lelaki ini akan bersandar jauh dari korang.. tak kisah la korang tengah duduk ke berdiri ke.. yang penting dia akan duduk jauh dari korang.. so korek la sikit-sikit dengan lelaki tu kenapa dia berdiri jauh sangat. adakah sebab bau korang ?

Aktiviti Mengoyangkan seluruh badan
pada saat ini, lelaki ini akan mengoyangkan habis kaki, badan dan seluruh anggota badan, tetapi jangan salah anggap pula ya? mungkin lelaki itu mempunyai Parkinson sebab itu korang nampak mereka ber 'vibrate'.

Kedudukan Kaki yang berlawanan
kaki mereka tidak akan bertemu dengan kaki korang.. kalau tengok betul2 nampak macam lelaki itu mahu bangun dan terus cabut dari situ.

senyuman yang sangat 'manis'
kalau korang senyum , lelaki itu akan membalas senyuman dengan teramat jahil di mana senyuman tanpa membuka mulut akan terjadi.

Melihat dari kedudukan tepi muka
lelaki ini akan bercakap dengan korang dengan hanya melihat tepi muka sahaja. percakapan juga tidak acuh malah tidak kuat.

Jika ada lelaki begini, tinggalkan sahaja. jangan harap la dieorang nak mintak no dari korang ok?Jom Like!:D

Hantu Kak Limah go back home

2 comments

aduh pecah punggung aku tengok cerita ne.. ops! pecah perut..*marah nanti Dr Rozmey* memang tak rugi la layan cerita ne.. walaupun cerita menggunakan lawak-lawak 'mr bean' tapi layan juga la kepala tu kan?

sebelum aku cerita panjang2, aku nak cakap yang cerita ne dah lama kuar tapi aku baru sempat pergi tengok je.. biasa la kai kan seorang pelajar yang berjiwa rajin, so takda masa la nak tengok wayang ne kan? ok2 teruskan bercerita. masa aku beli tiket ne cerita ne da pasang agak2 setengah jam lepas.. tapi tak pe la, takkan nak tunggu tgh malam plak kan? beli juga la.. dalam pawagam tu penuh gila orang. ya! ini yang aku nak, sokongla barang buatan Malaysia.

sipnopis: Penduduk Kampung Pisang dikejutkan lagi dengan peristiwa ganjil, tetapi kali ini bukanlah kemunculan zombi tetapi hantu Kak Limah. Kak Limah adalah salah seorang penduduk di kampung tersebut tetapi tidak bercampur dengan orang kampung. peristiwa penduduk kampung berjumpa dengan kak limah yang menyerupai hantu menakutkan penduduk kampung. Penduduk kampung lalu mengambil keputusan menyiasat peristiwa ini.

banyak adegan-adegan lawak kering gusi dalam movie ini. Salah sebuah cerita yang mesti tonton ya kawan2, takkan rugi punya la.


p/s: dalam pawagam tadi ada perempuan seorang tu gelak kuat sakan sampai suara dia ja dengar dalam tu.. haha *control la akak oi*Jom Like!:D

Friday, December 17, 2010

Telefon bimbit paling Lasak di dunia

4 comments
selamat hari-hari semua! Kai baru je dapat cerita pasal ne, sebab kes kai google nak cari telefon bimbit yang baru kan? tapi dapat yang ne.. kai nak share la dekat korang semua.

sebuah telefon bimbit telah dicipta, yang hebatnya tentang telefon ini telefon ini walaupun digelek sebuah kereta tetap tahan tanpa ada kerosakan apa. wah! telefon ini akan menjadi kesukaan ramai nanti.


LONDON - Pengeluar barangan pembinaan dan kejuruteraan, JCB, mencipta telefon bimbit paling lasak di dunia dikenali sebagai JCB Toughphone Sitemaster, lapor sebuah akhbar semalam.

Syarikat berkenaan mendakwa gajet itu tidak rosak walaupun ia direndam di dalam air selama lapan jam, tahan cuaca panas pada suhu 75 Celsius dan suhu beku -30 Celsius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.

Berbeza dengan telefon bimbit pintar iPhone keluaran Apple yang perlu dijaga rapi, ciri-ciri lasak JCB Toughphone amat sesuai bagi mereka yang bekerja di tapak bangunan atau ladang.elefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram.


p/s: mat indon dan mat bangla yang kerja buruh mesti suka kan? hahaJom Like!:D

Thursday, December 16, 2010

Keindahan Bumi Kita Dari Angkasa!

0 comments
pernah korang terpikir tak macamana rupa bumi kita ne dari atas? maksud aku bukan dari atas bangunan ya.. tapi dari atas angkasa.

North Africa & Nile River
2) the Mediterranean coast of Spain to Italy.

3) Night Europe. The brightest - London and Paris.

4) Southeast U.S., Florida.

5) Istanbul, Turkey.

6) The Soyuz TMA-19 on the Galapagos Islands.

Subhanallah. korang tengok sendiri la sungguh cantik bumi ini, Allah maha besar!Jom Like!:D

Upacara 10 muharam yang sangat Pelik!

13 comments
apakah ini? adakah mereka beragama islam? buat aku tertanya-tanya ja.. takda lagi rasanya dalam Al-quran tertulis upacara ini.. mazhab manakah mereka ikot ini? ini boleh mendatangkan Marah!

sila tengok gambar di bawah :

Upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana perbuatan seumpama ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud, ...

"Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) "


jangan terlalu 'pandai' sampai buat begini!Jom Like!:D

Budak sekarang dah pandai ya!

14 comments
oh! tidak! apa nak jadi dengan budak2 sekarang.. kalau zaman aku dulu semua sangat2 la 'ribena' tetapi kenapa budak sekarang lebih pandai.. jeles nya aku! kalau zaman aku dulu pergi sekolah bawak telefon ke sekolah adalah satu perkara yang boleh membunuh diri-sendiri tetapi sekarang? "cikgu, nak pergi tandas" dengan ucapan begitu sahaja mereka sudah boleh ke belakang sekolah dan bermesej2! apa ini? peraturan sudah longgar.. Peraturan2 dulu yang bersaiz XXL sekarang sudah menjadi S.. adakah kerana jus mate 5? *aku sudah merepek*

apa yang aku nak cakap disini bukan la sebab telefon ye? berita ini aku dapat dari Jiran aku, Makcik Metro.. di mana rakaman 'panas' budak telah dijumpai. yang menambahkan kepelikan aku ialah budak itu dipercayai adalah adik beradik kandung? wah! apa sudah jadi?


BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun. Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.

“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa. “Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.

oh! sangat mengecewakan!

p/s: kai nak beli telefon baru, sapa ada suggestion telefon menarik ?Jom Like!:D

Saya suka tengok Cartoon!

4 comments

*entry kali ini berunsur kebudakan, pengawasan ibu bapa segera diperlukan*


terkejut tak dengan tajuk kai kali ne? kalau tak tekejut tolong buat-buat terkejut ok? memang2 aku suka tengok Cartoon... tp masa kecik-kecik 'setoet' dulu le.. rindu gila aku zaman tu. orang kata zaman hingusan + otak pikir nak seronok je..

biasa la nama pun budak-budak kan? mesti la tengok cartoon, takda lagi aku tengok budak-budak tengok CNN, tak pun National Geography. "ayah! bukan CNN nak tengok berita pasal Osama Laden" ada ka budak camni? Cartoon ne bagi aku setiap saat ada. Kalau tak silap aku pagi sampai malam ada kan? Kalau sekarang pagi sampai malam Slot cerita indon je la kan? aku sangat benci ! tambah-tambah kalau 1 family aku layan cerita tu lepas tu paksa aku tengok juga.. memang aku tidur lagi baik..

ok2.. aku bukan nak cerita zaman kecik2 aku, kat sini aku nak bagi top 4 cerita Cartoon 'zaman Kanak-kanak ribena' aku dulu..

No 1: Dashing Kuro
Cartoon ne tak silap aku masa petang2, sanggup aku ponteng ngaji semata-mata nak tengok cartoon ne.. ish!

No 2: Dragon Ball
yang ne aku paling suka, walaupun cerita ini tayang dekat tv pukul 9 pagi. aku tetap bangun!

No 3: Masked Rider
cerita ne cartoon ke? aku tak kesah la.. tapi aku sangat suka cerita ini. lepas habis tengok je terus guling kat ruang tamu tu.. kalau ingat balik, malu kot!

No 4: ThunderCats
cerita ini aku pun tak ingat sangat, tapi aku layan! kenapa? tepuk dada tanya kepala!

rindu aku zaman kecik-kecik dulu, kalau la aku boleh patah balik kan.. mesti aku tak nak tengok da cerita ne.. pasal dulu kan da tengok!Jom Like!:D

Wednesday, December 15, 2010

Blog Baru pilhan 2010 : 49!



Ada apa dengan No ne ea? No umah kai? tak! No telefon kai kan? tak jugak! tapi apa?

ya! ini adalah No Giliran/tempat Kai di Blog baru Pilihan 2010.. tekan sini

Korang sendiri yang tentukan, jika blog 'Ini Kisah aku' Kai ne best + layak untuk diundi, Silakan!

Undian Korang semua akan dihargai!

Tak undi pun korang tetap Kai hargai sampai Kai tutup mata. Harap yang ikhlas dari Korang!

Ingat 49, Ingat Kai!

Kalau korang rasa nak vote Blog ini - Tekan sini


[Sticky Post : entry baru di bawah]Jom Like!:D

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa Idea boleh lari?

6 comments

pernah rasa macam ne? bagos tak kalau terjadi? bagi kai, sangat la tidak bagos! idea untuk menulis entry-entry yang 'meletup' terus ilang begitu sahaja. dan akhirnya kita akan tanya, tajuk apa nak tulis hari ni? ok. Kenapa benda ini terjadi?

Saya Terlampau banyak idea la!
banyak idea? bagos. tapi kalau terlampau-lampau tu memang payah la. sebab kita tidak tahu nak pilih yang mana satu. alih-alih langsung tak tulis pun idea tu. otak kita ne, kalau terlampau banyak berfikir, perkara pertama yang dipikirkan akan hilang, tak percaya korang cuba ingat balik mimpi 2 ari lepas. ingat? kalau ingat pun mungkin samar-samar kan?

masa ne takda perkhidmatan awam!
maksud kai, idea ada tapi masa idea tu datang kita tak berada di depan laptop, di kawasan yang ber-Internet. susah tu. idea yang bagos2 terus akan hilang di situ. sudah terjadi perkara yang sia-sia di situ kan? jadi nak buat macamana?

senang ja, buat secara manual. sentiasa ada pen dan kertas. tulis idea tu di kertas, atau pun kalau zaman IT yang serba canggih ini karang entry dalam telefon canggih korang tu.. senang kan? kalau tak dapat karang pun, taip je idea kita tu. nanti takda la ternganga lagi depan laptop tu kan?


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan Lupe Undi Kai di Blog Baru Pilihan Malaysia !

ingat 49, ingat kai!

tekan sini kalau nak undiJom Like!:D

Mata Korang ok tak?

9 comments
hari ne kai nak bg simple exercise! senang je.. untuk bagi mata korang buat exercise lak.. selalu exercise badan, angkat dumbell la, lari 400 m lah.. yang ne senang je.. sambil duduk depan laptop pun boleh..

Baca warna-warna kai letak ne dengan laju..
perhatian baca Warna bukan tulisan!

merah biru hitam hijau biru kuning hitam merah hijau kuning merah hijau biru merah biru hitam hijau biru kuning
hitam hijau merah kuning merah hijau biru

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

senang kan?
cuba yang ne pula

merah biru hitam hijau biru kuning hitam merah hijau kuning merah hijau biru
merah biru hitam merah biru hitam hijau
biru kuning hitam merah hijau kuning



siapa dapat baca dalam percubaan pertama, boleh mintak dekat kai hadiah!


thank you Jejaka Terhangat!

Jom Like!:D

nasi punya hal..

4 comments
Gambar Hiasan ok?

kes ni berlaku dekat satu kedai makan. kai taknak la letak nama kedai kan? tak baik aibkan orang..

Kai: Makcik, nasi ne rasa keras la.
Puan Kedai: eh.. baik sikit.. mana ada ni beras mahal ne.
Kai: tapi..

(makcik tu masuk dalam kedai)

5 menet kemudian...

Puan Kedai: adik, makcik da rasa da.. mana ada keras pun..
Kai: ada la makcik, betol..
Puan kedai: eh ne beras mahal ok? 40 ringgit sekilo. korang ne semua mesti tak pernah makan beras mahal kan?
Kai: ..

apa yang kai nak sampaikan dekat sini.. kiteorang cuma nak kata dekat makcik tu beras ne keras sikit, susah nak telan. yang makcik pergi cakap beras ne mahal buat apa. kalau mahal mana pun beras tu kalau masak tak betul tetap keras juga.

yang kai tak tahan, makcik tu boleh cakap kiteorang semua tak pernah makan beras mahal.. alahai makcik, jangan la ingat sebab kiteorang ni budak2 kolej, kiteorang takda duit.

harap takda la kedai camni lagi dekat malaysia ne.. memang kai takkan pergi dah ke 'Kedai nasi mahal pandang student miskin'

p/s: akan taknak mengutuk, tapi ini hakikat..Jom Like!:D

Jom Buat Survey!

2 comments
Tadi tengok tengok shout box ada orang ajak kai buat survey..

jadi mari kita buat survey dari Mahamahu..

1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?

c)Sony erricson!

2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?

b)HP !

3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?

d)Canon Eos!

4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?

a)streamyx !

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekarang?

a) Zara !

6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?

d)KFC !

7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?

i)SOGO !

8) Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?

a) Hot FM!

9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?

q) Astro Ria

10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?

a)Dunhill

11) Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca?

i)Maskulin

anda rasa nak jawab jugak? sila tekan sini - Survey
20 Hadiah bertuah menanti!
Tarikh tutup 31 disember 2010!
Jom Like!:D

Sunday, December 12, 2010

Perempuan, Gitar dan ...

16 comments
wah! kai taksub sekarang tengok dekat dunia kita ne.. kalau dulu lelaki je berjaya mengoreng gitar, tapi sekarang perempuan juga tak kurang hebat bermain gitar. aku tabik! dunia sudah maju kan wahai perempuan?

pakej2 perempuan yang main gitar ne selalunya sangat lengkap. 5 bintang la kai katakan. da la terer petik gitar, suara pula sedap, tambah2 ada sesetengah tu muka sangat comel! kai suka.. tipu la kaum lelaki kalau cakap tak suka perempuan muke comel.

ini antara perempuan2 Malaysia yang berjaya menggoreng gitar kelas 1..

Yuna

Wani ardy - Letcurer kai suatu masa dulu

Ana Raffali

Ainan Tasneem

Hana zatie - Terkenal dengan lagu 150 Juta

Mereka ini sangat bagus bila bersama gitar.. siapa kata Perempuan Melayu Malaysia tak hebat!
Jom Like!:D

5 Tip menjadi Penulis yang Terbaik

9 comments
salam semua.. semua sihat-sihat je kan? hari ne kai nak bagi Tip of the day. Rasa nya kai ada bagi tip banyak kan dalam blog Ini Kisah aku ne.. ok2.. korang baca la. benda ne mugkin korang da baca, Kai cuma nak refresh dan restart kan balek otak korang tu..

langkah 1 : Belajar menulis
ya! untuk newbie memang susah gila rasa nak menulis kan? betol tak? cube dulu tulis sikit2.. ala dulu kecik2 ok jek kai tengok.. karangan buleh je dapat A+ .. karang dulu sikit2.. tak kisah la cerita apa sekali pun..

Langkah 2: Tulis Selalu
Kalau da rasa yakin nak menulis 1 entry dengan baik, apa kata korang rajinkan diri tulis entry2 terbaik dalam otak korang tu. maksud kai, cube selalukan diri menulis. ini boleh membuatkan korang senang dan fasih apabila nak tulis entry lain.

Langkah 3: Tulis banyak-banyak
kalau da sampai langkah 3 ne, korang da boleh dianggap seorang yang expert. nanti ramai blogger akan masuk dalam blog kita kalau ada banyak entry2 yang menarek lagi kan? kekalkan penulisan yang baik dalam diri kita ok?

Langkah 4: Tulis bila kita tak mahu menulis
part ne yang agak payah sikit. cube atasi kemalasan korang tu.. insyallah walaupun masa korang tulis tu korang tak nak menulis, korang tetap dapat hasilkan entry yang bagus.

Langkah 5: Jangan berhenti menulis
kalau korang da biasa dengan menulis ne, cube jangan berhenti. bila kita berhenti penulisan kita juga terhenti setakat itu dan akan surut balik ke keadaan yang lama. jangan dan jangan berhenti.

5 langkah yang kai bagi ini, kai rasa dapat bantu korang untuk jadi penulis yang bagus.

insyallah!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

jangan lupa Vote kai nanti di Blog Baru Pilihan 2010. klik sini

ingat 49, ingat Kai!Jom Like!:D

Saturday, December 11, 2010

4 golongan Lelaki masuk Neraka

5 comments

ok, harini kai nak cerita pasal agama sikit.. ala kai nak gak jadi ustaz.. buleh kan?

tahukah korang golongan-golongan lelaki yang sure masuk Neraka? dekat sini kai akan ceritakan 4 golongan tersebut.

yang pertama : golongan Ayah
Ayah yang tidak mempedulikan anak-anak perempuannya, dia tidak mengajar anaknya tentang keperluan agama, tidak mengajar anaknya cara bersolat dan mengaji. Dia membiarkan anaknya mendedahkan aurat di khalayak ramai.

yang kedua : Golongan Suami
Suami yang tidak mengawal tingkah laku isterinya. tidak menyuruh isteri nya mengawal cara percakapan agar jangan terlalu bebas dan cara mereka menghiaskan diri. Dia juga tidak mengajak isterinya bersolat jemaah sama.

yang ketiga: Golongan Abang
Abang yang tidak menjaga adik-adik perempuannya. Abang yang tidak mengambil tahu keadaan adiknya dan membiarkan adiknya sesuka hati keluar dari rumah.

yang keempat : Golongan Anak Lelaki
Anak yang rajin bersolat tetapi ibu bapanya tidak solat, jika anak lelaki itu diam dan tidak menasihati ibu bapanya.

Jika korang ada berbuat demikian, hentikan lah. Kita tak masuk masuk ke dalam golongan orang yang masuk ke dalam api neraka. Mari kita sama2 berdoa agar kita terselamat dari api neraka jahanam ini.Jom Like!:D

Jom Kuatkan Mata Korang!

2 comments



Cuba Tenung mata Lobster tu lama-lama, korang akan nampak seakan pinggan tu di baik pulih.

=)Jom Like!:D

4 tahun Penjara hanya kerana 10 ringgit!

3 comments
wah! berita ini buat kai gelak sendiri ja.. hanya kerana Rm10 seorang peragot terpaksa masuk penjara sampai 4 tahun. aduh.. rasa kau penjara! nk sangat ragut orang. pegi la ragut rumput kat padang sekolah tu takda la bersalah pun, siap dapat pahala lagi kn?



KUANTAN – Akibat meragut beg uncang mengandungi wang RM10 milik seorang pelajar perempuan, seorang penjual ikan dikenakan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.


Hakim Irwan Suaibon menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dari Triang, Bera selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya pada 12 November lalu.


Irwan menjatuhkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh Nik Khairul ditangkap selepas tertuduh merayu supaya diringankan hukuman kerana isterinya baru melahirkan anak yang kini berusia tiga minggu.


Selain wang, uncang tersebut mengandungi kunci rumah, MyKad, buku bank dan surat hospital.


Nik Khairul dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

p/s: agak2 malu tak kalau rakan lokap tanya sebab apa budak ne kena Penjara? hahaJom Like!:D

Friday, December 10, 2010

Follower yang ke 100

8 comments
wah! cepat gila rasa masa berlalu. blog kai yang tak seberapa ne sudah masuk 100 follower pada beberapa minit yang lepas! terima kasih kepada puan blog..

B-bu Olippop

walaupun kai tak sempat lagi kenal puan blog ini tapi kai tahu la sedikit sebanyak perkara dari blog dia ya.

- Suka justin Bieber
- nama sebenar : Nadya Mohamed Nudin (sorry kalau kai slh eja)
- berumo 12 tahun. wah kecil da jadi blogger ye. tahniah!

terima kasih kerana mengFollow Kai. Thanx gak dekat 99 follower kai yang lain. Jasa anda dikenang ok?


Jom Like!:D

Tercalon dalam Blog Baru Pilihan 2010

9 comments
wah! kai tak sangka nama Kai akan tercalon di antara Blogger2 baru yang hebat2 ne. Kai tak nak aspect apa-apa la sebab Kai baru lagi dan tak habis nak 'korek' lagi pasal blogspot ne.

Pengundian bagi Blog Baru Pilihan 2010 masih belum dibuka lagi ye.. Kai nk ucapkan tahniah bagi 384 blog yang tercalon! korang semua besh. Tak kesah siapa yang menang janji semua happy kan?


kai telah tersenarai dalam senarai 2 - No 49.


Kepada semua blog yang tercalon! Selamat bertanding dan Good Luck kai ucapkan.

p/s: undian masih belum dibuka ya! =)
Jom Like!:D

Syukur Jumaat Datang lagi

4 comments
gambar: masjid Kristal


syukur lagi sekali kerana kai dapat buka mata pada hari ini. hari ini hari apa ya? Jumaat! penghulu segala hari. tahu tak sebenarnya Hari jumaat ini terlalu banyak benda yang terjadi. Salah satu nya Hari kiamat. Bersedia kah korang?

hari ini kai nak bagi info peristiwa penting pada zaman Nabi yang terjadi pada hari Jumaat:

1)Pernikahan Nabi Adam a.s dengan Hawa
2)Pernikahan Nabi Yusof a.s dengan Zulaikha
3)Pernikahan Nabi Musa a.s dengan Shafura binti Nabi Syuaib a.s 4)Pernikahan Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid
5)Pernikahan Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis
6)Pernikahan Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar 7)Pernikahan Ali bin Abi Talib dengan Fatimah Az-Zahra

Peristiwa ini sangat la penting dan harus diingat oleh semua umat islam di dunia. Hari jumaat adalah hari yang paling baik untuk memulakan sesuatu pekerjaan dan kebaikan.


p/s: bagi kaum lelaki/jantan pada hari jumaat tolong jangan tinggalkan solat!Jom Like!:D

Thursday, December 9, 2010

Buta La Sangat kan!

11 comments

ala ini yang kai tak suka ne. sapa menipu? sapa tertipu? sungguh jahil orang yang menipu ne..

takda la hari tu Kai sedang lepak di mamak dekat Taman Melati.. agak ramai la juga orang kan maklum la orang cuti.. sedang lepak2 tu datang la 2 orang peminta sedekah.. err.. sebenarnya 1,tp dipimpin oleh sorang lagi kawan atau isteri (kai tak pasti) kat belakang. Kesian punya pasal Kai bagi la singgit. ok la tu Kai pun tak banyak sgt duit macam korang.

Kai bagi pun sebab nampak orang tu macam buta + kesian.. lagipun muka dia macam sedih semacam je kan.. ok Kai tengok la dieorang pusing satu meja ke meja lain.. agak penat la sebab Kai tengok dari luar sampai ke dalam kedai mamak diorang 'tawaf'.. mane tak penat.. kedai mamak kat situ da la besar dan jauh, orang pula masa tu tgh penuh gila. fuh!

Kai tengok jek la kan? nak tolong rasa kurang keyakinan diri(sebenarnya malas). ok masa ne kai langsung tak aspect apa2.. Lepas tu dieorang pergi kedai sebelah pula.

ok lepas tu kai balek la umah. sampai ja kat umah lepak la kat tepi balkoni kn. perhatian umah kai tingkat 17 ye. ne kire Allah nak tunjuk dekat kai la ne.. Kai nampak Orang buta tadi.. yang buat kai pelik.. orang buta tadi siap jalan relaks jek.. Da la tak jalan guna tongkat pastu buleh pula melawak dengan kawan die yg lain..

Uish! sia-sia betol kai bagi sedekah tadi.. tapi tak pe la memang rezeki kau le 'Orang buta' !Jom Like!:D

Wednesday, December 8, 2010

Top 5 Kerja cepat Kaya

12 comments



kerja untuk duit? perlu ke? important sangat ke duit ne? bagi Kai tak penting langsong! sumpah Kai tipu! sape taknak duit mesti penipu.. serious!

Kai cakap dalam dunia ne kalau duet takde nak goyang kaki pon tak leh. kenapa pula tak buleh? sebab kalau goyang lama-lama kaki tu akan menimbulkan rasa kebosanan dan korang akan terpikir nak buat sesuatu.. so nak keluar kena duet, nak makan kene duet lagi.. nak pergi tandas pon kene duet maaa..


Rompak Bank

-Kerja yang agak merbahaya dan dipandang hina, tapi memang korang akan kaya.. tapi di penjara!

Buka gerai makan

- Kerja yang selalu orang buat. tak kisah la jual burger atau goreng pisang. memang tak mustahil kalau kerja ni cepat kaya. kos untuk berbisnes sikit, tapi untung yang banyak. bergantung kepada skill la.

Jual Dadah / Ganja / Pil

- Kerja yang memang terus menerus akan kaya, tapi kalau silap padah korang akan mati dibunuh rakan kongsi sendiri atau mati dihukum gantung. berani ka?

Masuk MLM

- kerja yang rakyat malaysia akan buat kalau tepengaruh dengan rakan. selalunya selepas masuk walaupun tahu mereka ditipu mereka tetap akan buat kerja ne da menipu pula orang lain. Kerja ini menggunakan sistem piramid. yang atas kaya, yang bawah nganga.

Minta sedekah

- tak dinafikan kerja ini terlalu senang. cuma duduk bersila di tepi kaki lima dan tunggu duit jatuh dari langit.

bagi yang sihat walafiat, jangan buat. ada kaki, masuk lumba lari olimpik.. ada tangan, masuk sukan tinju. tak payah jadi pemalas.


kerja la elok-elok, rajin-rajin. cari rezeki halal lebih baik dari yang haram.Jom Like!:D

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

2 comments
Kenapa saya suka blog abg BA ne?

- penuh informasi berguna

- entry menarik selalu

-gaya tulis yang senang nak baca.

- suka buat segmen!

=)Jom Like!:D

Mari makan Kek !

8 comments
Rindu la nak makan Kek! ada sapa nak belanja Kai kek sile angkat tangan? Mari tengok Koleksi-koleksi Kek yang Kai pikir dulu sebelum nak makan.


Kek Check Penglihatan

Kek Nasihat

Kek Becerai

Kek burung gagak mati eksiden

Kek baby baru lahir

Kek Tengkorak berdarah

Kek Toilet
*kai takkan makan kek ini*

sapa nak buat tempahan sila jangan cari kai.. =)
Jom Like!:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...