Showing posts with label ini Kisah aku. Show all posts
Showing posts with label ini Kisah aku. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Jeles nya Aku tengok Kau!

0 comments
*Entri ini berunsur jeles yang teramat*

kenapa? sebab kai banyak telah tertinggal bas. rugi-rugi! Sejak akhir-akhir ni ramai kawan dan lepas sem akhir dan terus menjejak kaki keluar dari kolej 'Kesayangan' kiteorang Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU).

Sebab apa kai jeles? WELL. Sebab kai masih perlu berada di sini. Kadang-kandang sedih pun ada, ramai sekarang tengah sibuk cari tempat Praktikal. kalau ada yang tanya, memang kai tak jawab banyak tapi senyum je la. Siapa tak jeles kan? Budak-budak rumah kai semua dapat Pratikal Di Pulau Pangkor. kite orang masuk sekali, tapi masa keluar.. sedih nak cerita.


Terpaksa la menjadi Super-Senior dekat sini. kalau nak kata bangga memang tak la, buat apa lama-lama sampai beruban dekat sini kan? siapa suka angkat tangan laju-laju?

So, kepada kepada semua yang akan habis sem ini, kai doakan final exam korang sume terbaek la kan? kalau tak memang tak dapat keluar lagi la kan? yang penting korang yang keluar tu teori + praktikal kena sama kuat. kalau teori kuat, tapi praktikal kurang nasib la. Kalau kena maki dengan Chef GOrdon Ramsay macam dalam cerita Hell's kitchen tuh pandai-pandai la jawab ok?

Tahan telinga jangan bagi berdarah ok kawan!

luahan hati yang hampa dari Kai azmier
Pelajar Kuala Lumpur Metropolitan University
Diploma in Culinary Skill
Jom Like!:D

Friday, January 7, 2011

bukan Manusia kalau tak reti Melepak

7 comments

soalan teka-teki untuk hari ini.. Melepak sebenar satu nikmat atau satu pembaziran? sejak-sejak minggu exam ni, budaya melepak makin menjadi-jadi dekat kai. study? tak juga. online free? mungkin la. haha.

ok la internet free + laju. sapa taknak. boleh update blog sesuka hati macam di entri ni. berbalik kepada tajuk entri di atas sana. Sapa tak suka melepak, angkat tangan?

tipu la. kita sebagai seorang manusia tak dapat lari dari melepak, iya la dari tension kerja, hal rumah tangga semua tu baik keluar kejap dengan kereta ke basikal pergi tempat lapang dan teruskan aktiviti Mulia ini.. best ok. macam-macam boleh dapat.

dah la dapat tengok setiap gelagat orang semua, eh betol la.. takda sapa nak marah. Bagi lelaki-lelaki yang single pula dapat tengok awek. sambil suit-suit bagai. *jangan tiru aksi ini*

kadang-kadang budaya ini sebenarnya bagus, dapat tenangkan fikiran kita, kalau macam blogger ini dengan melepak la korang dapat idea yang fresh buta-buta. takda la nak copy paste entri orang letak kat blog semua, siapa nak baca kan? dah macam pakai barang 2nd-hand pula.

so, apa kai nak cakap dekat entri ini, Jangan hentikan budaya melepak,
MAJULAH LEPAK UNTUK NEGARA!Jom Like!:D

Saturday, December 18, 2010

Hantu Kak Limah go back home

2 comments

aduh pecah punggung aku tengok cerita ne.. ops! pecah perut..*marah nanti Dr Rozmey* memang tak rugi la layan cerita ne.. walaupun cerita menggunakan lawak-lawak 'mr bean' tapi layan juga la kepala tu kan?

sebelum aku cerita panjang2, aku nak cakap yang cerita ne dah lama kuar tapi aku baru sempat pergi tengok je.. biasa la kai kan seorang pelajar yang berjiwa rajin, so takda masa la nak tengok wayang ne kan? ok2 teruskan bercerita. masa aku beli tiket ne cerita ne da pasang agak2 setengah jam lepas.. tapi tak pe la, takkan nak tunggu tgh malam plak kan? beli juga la.. dalam pawagam tu penuh gila orang. ya! ini yang aku nak, sokongla barang buatan Malaysia.

sipnopis: Penduduk Kampung Pisang dikejutkan lagi dengan peristiwa ganjil, tetapi kali ini bukanlah kemunculan zombi tetapi hantu Kak Limah. Kak Limah adalah salah seorang penduduk di kampung tersebut tetapi tidak bercampur dengan orang kampung. peristiwa penduduk kampung berjumpa dengan kak limah yang menyerupai hantu menakutkan penduduk kampung. Penduduk kampung lalu mengambil keputusan menyiasat peristiwa ini.

banyak adegan-adegan lawak kering gusi dalam movie ini. Salah sebuah cerita yang mesti tonton ya kawan2, takkan rugi punya la.


p/s: dalam pawagam tadi ada perempuan seorang tu gelak kuat sakan sampai suara dia ja dengar dalam tu.. haha *control la akak oi*Jom Like!:D

Thursday, December 16, 2010

Saya suka tengok Cartoon!

4 comments

*entry kali ini berunsur kebudakan, pengawasan ibu bapa segera diperlukan*


terkejut tak dengan tajuk kai kali ne? kalau tak tekejut tolong buat-buat terkejut ok? memang2 aku suka tengok Cartoon... tp masa kecik-kecik 'setoet' dulu le.. rindu gila aku zaman tu. orang kata zaman hingusan + otak pikir nak seronok je..

biasa la nama pun budak-budak kan? mesti la tengok cartoon, takda lagi aku tengok budak-budak tengok CNN, tak pun National Geography. "ayah! bukan CNN nak tengok berita pasal Osama Laden" ada ka budak camni? Cartoon ne bagi aku setiap saat ada. Kalau tak silap aku pagi sampai malam ada kan? Kalau sekarang pagi sampai malam Slot cerita indon je la kan? aku sangat benci ! tambah-tambah kalau 1 family aku layan cerita tu lepas tu paksa aku tengok juga.. memang aku tidur lagi baik..

ok2.. aku bukan nak cerita zaman kecik2 aku, kat sini aku nak bagi top 4 cerita Cartoon 'zaman Kanak-kanak ribena' aku dulu..

No 1: Dashing Kuro
Cartoon ne tak silap aku masa petang2, sanggup aku ponteng ngaji semata-mata nak tengok cartoon ne.. ish!

No 2: Dragon Ball
yang ne aku paling suka, walaupun cerita ini tayang dekat tv pukul 9 pagi. aku tetap bangun!

No 3: Masked Rider
cerita ne cartoon ke? aku tak kesah la.. tapi aku sangat suka cerita ini. lepas habis tengok je terus guling kat ruang tamu tu.. kalau ingat balik, malu kot!

No 4: ThunderCats
cerita ini aku pun tak ingat sangat, tapi aku layan! kenapa? tepuk dada tanya kepala!

rindu aku zaman kecik-kecik dulu, kalau la aku boleh patah balik kan.. mesti aku tak nak tengok da cerita ne.. pasal dulu kan da tengok!Jom Like!:D

Tuesday, December 14, 2010

nasi punya hal..

4 comments
Gambar Hiasan ok?

kes ni berlaku dekat satu kedai makan. kai taknak la letak nama kedai kan? tak baik aibkan orang..

Kai: Makcik, nasi ne rasa keras la.
Puan Kedai: eh.. baik sikit.. mana ada ni beras mahal ne.
Kai: tapi..

(makcik tu masuk dalam kedai)

5 menet kemudian...

Puan Kedai: adik, makcik da rasa da.. mana ada keras pun..
Kai: ada la makcik, betol..
Puan kedai: eh ne beras mahal ok? 40 ringgit sekilo. korang ne semua mesti tak pernah makan beras mahal kan?
Kai: ..

apa yang kai nak sampaikan dekat sini.. kiteorang cuma nak kata dekat makcik tu beras ne keras sikit, susah nak telan. yang makcik pergi cakap beras ne mahal buat apa. kalau mahal mana pun beras tu kalau masak tak betul tetap keras juga.

yang kai tak tahan, makcik tu boleh cakap kiteorang semua tak pernah makan beras mahal.. alahai makcik, jangan la ingat sebab kiteorang ni budak2 kolej, kiteorang takda duit.

harap takda la kedai camni lagi dekat malaysia ne.. memang kai takkan pergi dah ke 'Kedai nasi mahal pandang student miskin'

p/s: akan taknak mengutuk, tapi ini hakikat..Jom Like!:D

Friday, December 10, 2010

Follower yang ke 100

8 comments
wah! cepat gila rasa masa berlalu. blog kai yang tak seberapa ne sudah masuk 100 follower pada beberapa minit yang lepas! terima kasih kepada puan blog..

B-bu Olippop

walaupun kai tak sempat lagi kenal puan blog ini tapi kai tahu la sedikit sebanyak perkara dari blog dia ya.

- Suka justin Bieber
- nama sebenar : Nadya Mohamed Nudin (sorry kalau kai slh eja)
- berumo 12 tahun. wah kecil da jadi blogger ye. tahniah!

terima kasih kerana mengFollow Kai. Thanx gak dekat 99 follower kai yang lain. Jasa anda dikenang ok?


Jom Like!:D

Tercalon dalam Blog Baru Pilihan 2010

9 comments
wah! kai tak sangka nama Kai akan tercalon di antara Blogger2 baru yang hebat2 ne. Kai tak nak aspect apa-apa la sebab Kai baru lagi dan tak habis nak 'korek' lagi pasal blogspot ne.

Pengundian bagi Blog Baru Pilihan 2010 masih belum dibuka lagi ye.. Kai nk ucapkan tahniah bagi 384 blog yang tercalon! korang semua besh. Tak kesah siapa yang menang janji semua happy kan?


kai telah tersenarai dalam senarai 2 - No 49.


Kepada semua blog yang tercalon! Selamat bertanding dan Good Luck kai ucapkan.

p/s: undian masih belum dibuka ya! =)
Jom Like!:D

Thursday, December 9, 2010

Buta La Sangat kan!

11 comments

ala ini yang kai tak suka ne. sapa menipu? sapa tertipu? sungguh jahil orang yang menipu ne..

takda la hari tu Kai sedang lepak di mamak dekat Taman Melati.. agak ramai la juga orang kan maklum la orang cuti.. sedang lepak2 tu datang la 2 orang peminta sedekah.. err.. sebenarnya 1,tp dipimpin oleh sorang lagi kawan atau isteri (kai tak pasti) kat belakang. Kesian punya pasal Kai bagi la singgit. ok la tu Kai pun tak banyak sgt duit macam korang.

Kai bagi pun sebab nampak orang tu macam buta + kesian.. lagipun muka dia macam sedih semacam je kan.. ok Kai tengok la dieorang pusing satu meja ke meja lain.. agak penat la sebab Kai tengok dari luar sampai ke dalam kedai mamak diorang 'tawaf'.. mane tak penat.. kedai mamak kat situ da la besar dan jauh, orang pula masa tu tgh penuh gila. fuh!

Kai tengok jek la kan? nak tolong rasa kurang keyakinan diri(sebenarnya malas). ok masa ne kai langsung tak aspect apa2.. Lepas tu dieorang pergi kedai sebelah pula.

ok lepas tu kai balek la umah. sampai ja kat umah lepak la kat tepi balkoni kn. perhatian umah kai tingkat 17 ye. ne kire Allah nak tunjuk dekat kai la ne.. Kai nampak Orang buta tadi.. yang buat kai pelik.. orang buta tadi siap jalan relaks jek.. Da la tak jalan guna tongkat pastu buleh pula melawak dengan kawan die yg lain..

Uish! sia-sia betol kai bagi sedekah tadi.. tapi tak pe la memang rezeki kau le 'Orang buta' !Jom Like!:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...