Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, January 14, 2011

mari kenali Kategori Blogger ! wajib tahu!

6 comments
korang tahu kategori blog korang? korang suke tulis pasal apa ea? kategori-kategori di bawah ne bukan la yang betul-betul tapi kategori dari mata kiri dan kanan kai ini. sebenarnya kai sendiri pun tak dapat kenal pasti lagi blog kai ini kategori yang mana. ye la blog ini masih di tahap ke-MENENGAH-an saja kan, blog ini pun baru setahun bendi.*selalu sebut jagung, tukar la pula*

1. Blogger yang suka men potong-lekat(copy-paste) Entry dari forum-forum kat malaysia ini macam jiwang.net, infomaya.net, syok.org dan sebabgainya. Tahap blog diview mungkin banyak tapi tak asli la ok? bagi yang sukakanya jangan lupa kredit kan, marah pula tuan punya artikel sebenar nanti.

2. Blogger berjiwa kesukanan. kalau tengok dari blog tu mesti banak pasal sukan, tambah-tambah ada beratus0ratus peminat bloa sepak ini kan? semua keputusan epl, piala malaysia, piala dunia nak letak dekat blog tu. kalau yang lagi expert tu, cara-cara nak tendang bola pun boleh letak juga dalam blog tu kan?

orang sepak bola, aku sepak kepala

3. Blogger yang suka cerita pasal diri sendiri. hari ni buat apa, makan nasi tambah berapa kali, tidur dekat mana malam ni, semua letak dalam blog. selalunya blogger perempuan la tetapi kalau ada lelaki juga kira hebat la. tapi kena pastikan anda berstatus/bertahap artis la kalau nak tulis panjang-panjang kan? kalau tak sapa la nak baca.

4. Blogger kaki kutuk yang melampau. blog macam ini susah nak jumpa kalau ada pun 1-2 saja kerana blo macam ni orang masuk pun boleh terkutuk sama. tahap muka blogger ini mungkin sangat tebal untuk jadi Kalis-kutukan!

5. blogger kaki bisnes. tujuan blog dibuat hanya untuk berbisnes. ya dulu kai ada juga satu blog untuk bisnes tapi sejak da berhenti terus delete dari dunia blog. blog macam ni selalunya bagus kerana boleh menyenangkan kaki-kai shopping yang malas nak bergerak. fast, easy and accurate!

kaki bisnes mesti kenal siapa Donald Trump ni kan?

6. blogger kaki berita, kelajuan entry blog ini mungkin sepantas kereta f1 di litar sepang. blogger ini lebih kurang sama dengan blogger no 1 tadi, cuma bezanya blogger ini cuma letakkan berita-berita semasa. Mungkin bagus kalau wartawan tempatan baca, boleh dapat kerja jadi pemberita tu.

7. Blogger kaki raja lawak! entry blog mereka sentiasa lawak, dan buat orang gelak sakan. blog ini bagus untuk mereka yang bosan gila dan perlukan sesuatu untuk digelak. Kai sangat suka blog yang begini!
gelak sampai hilang lidah boleh?

8. Blogger kaki informasi yang berkesan. blog ini sangat la best la selalunya tahap pengunjung sangat la banyak. bagi kai blog info, Ben Ashaari la yang sangat best. ada juga sesetengah blog yang mengajar cara-cara mengunakan blogspot dengan lebih baik!

jadi korang kategori yang mana?Jom Like!:D

Wednesday, January 12, 2011

Eh! Peliknya dunia ni..

5 comments
perkara-perkara pelik dekat dunia ni sebenarnya banyak sangat. Kadang-kadang kita tak tahu tapi kita selalu buat tak tahu..

1) Kita tahu tinggal solat berdosa, tapi kita masih tinggal juga.

2) Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat hingga Rm7,000 ke Rm8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yg bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan Rm1,250 sebulan.

3) Kita tahu kelajuan boleh membawa kematian, tapi kita tetap bawa kereta + motor laju-laju dekat jalan raya.

4) kita selalu salahkan perogol sebab rogol perempuan, tapi kita tak pernah salahkan perempuan tu suka pakai ketat + seksi.

5) bila memandu kita tak bagi langsung orang potong kita sebab takut lambat, tapi kita sanggup turun bertengkar 3 jam lepas lampu tercium sikit dengan bumper kereta belakang.

6) Kita marah kalau wartawan tulis buruk-buruk pasal artis kesayangan kita, tapi artikel wartawan tu juga la kita cari bila beli surat khabar.

7) Kita selalu mengata orang lain, tapi kita tak pernah sedar yang kita 2x5 je dengan orang yang kita kutuk tu.

8) kita kata kita tak kedekut duit, tapi bila kawan minta pinjam kita selalu kata takda walaupun tengah kaya masa tu.

9) Kita gelak orang jatuh dalam longkang, tapi bila kita jatuh kita nak pukul sapa yang gelakkan kita balik.

10) Kita tahu suara kita tak sedap, tapi kita tak sedar kita lebih banyak karaoke sebab perasan suara sedap sangat.Jom Like!:D

Sunday, January 9, 2011

Perhatian! Facebook akan ditutup 15hb Mac!

7 comments


GoodBye Mr Facebook!

adakah berita ini betul? berita sebenar di sini - Weekly World News


Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

Mark siap bagi amaran lagi : “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Mark Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset. but “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

betul juga apa yang dicakapkan oleh Mark ini. kalu online Facebook dari 15 minit boleh jadi 2 jam. sampai tinggal kelas, asignment, sekolah dan sebagainya. ad yang sampai 2-3 hari tak mandi sebab nak online Facebook ni.

kai sangat sokong satu ayat dari Mark, dia cakap “I don’t care about the money, I just want my old life back.”

see! Mark sendiri pun tak kisah, bagi korang dah sedia untuk tutup Facebook tu belum? kalau belum pun, Mark tetap nak tutup gak. haha

p/s: Mark dah borink dengan Facebook kot.. lepas Facebook takda burung(Twitter) je la kan?Jom Like!:D

Saturday, January 8, 2011

1 hari, 1 bayi dibuang!

2 comments
tahukah korang stat pada tahun 2011 ini, 7 orang bayi yang tidak bersalah telah dibuang. oh! 1 hari,1 bayi telah hilang di dunia ini. astafirullahalzim!

Jangan anggap Bayi ini objek! bayi bukan lah objek untuk dibuang-buang seperti kita membuang sampah di jalan. Mereka sebenarnya adalah insan yang teramat mulia kerana tidak ada setitis dosa pun ke atas mereka.


Tidak kah rasa bersalah terhadap mereka ini, tergolek di jalanan seperti bangkai. kenapa tidak dieberi peluang untuk hidup? kenapa? mereka tidak pernah terlintas untuk lahir di dunia jika tidak kerana kita sendiri. mereka juga manusia seperti kita, tidak ada beza sedikit pun. kenapa kita diberi peluang untuk hidup tetapi tidak mereka?

bagi mereka yang suka 'membuang' sesuka hati ini, bertanggungjawab la sikit. kalau anak kucing atau arnab boleh dibela inikan pula anak sendiri.

kenapa 'mereka-mereka' ini membuang bayi?

Tidak mempunyai Duit?
Tidak mempunyai kerjaya yang memuaskan?
Tidak berpengalaman tentang hal menjaga budak?
Tidak cukup 'besar'?


jika ini alasan yang diberi, memang kai terus hentam dieorang. semua benda boleh dibelajar dan dicari. disebabkan mereka terlalu malas ini la sebab benda ini terjadi.

"setiap pengalaman boleh dicari dengan berani mengambil tindakan"Jom Like!:D

Tuesday, January 4, 2011

Movie-Movie 3D yang dinanti dan ternanti!

6 comments
makna 3d: 3 dimensi, cerita seakan akan betul dan selalu nya kn kelihatan keluar dari kaca televisyen/pawagam.

sekarang ne kai tengok begitu banyak filem-filem dalam bentuk 3d.cerita yang sepatut ditayang pad bula tertentu pun akn tergendal sebentar untuk menggantikan menjadi dalam bentuk 3d. tapi bagus juga la kan? sedap sikit nak tengok kan? dah la dapat Spek mata 3d pinjam. hehe

walupun tiket wayang untuk movie 3d ni selalunya mahal, tetapi berbaloi la. dalam dunia ni nak benda senang dan hebat memang la mahl sikit kan? dekat sini kai akan list-listkan top 5 movie dalam bentuk 3d pada tahun 2010 dan dinanti pada tahun 2011 dan 2012!

Top 5: 2010
Shrek Forever After

Toy Story 3

Despicable Me
Pirahna

Step Up 3

Yang dinanti 2011 & 2012
Tranformer

Green Latern

Spiderman 4

Underworld 4
yang dinanti tuh kai tak tahu la tarikh sebenar mereka akn keluar di wayang. tetapi kalau ikotkan sejarh cerita-cerita superhero ni selalunya akan jadi Box-office pecah panggung.Jom Like!:D

Sunday, January 2, 2011

Laman sosial terkini di Malaysia - Aper.my!

2 comments
laman sosial di dunia ini semakin hari semakin banyak. da macam semut pula kai tengok! selepas ikon.my dan Faces.my lahir pula laman sosial terkini di Malaysia. APER!


aper? oh! bukan kai tanya soalan ya? aper.my ini adalah laman sosial yang lahir di malaysia tetapi masih di peringkat BETA.

aper.my adalah tempat untuk tempat untuk berkomunikasi sesama ahli. mereka boleh berkongsi pendapat, maklumat, mencari kawan baru di sini. yang menariknya aper.my ini menyediakan aktiviti dan pertandingan menarik bagi ahli mereka, malah mereka juga berpeluang mendapat ganjaran yang telah disediakan di sini.

walaupun muka depan menyamai Facebook, mereka telah menambahkan keseronokan lagi dengan mewujudkan sistem memberi markah, dimana ahli boleh menukarkan mata ganjaran mereka kepada hadiah-hadiah yang menarik!

kekurangan : tak semua benda 100% sempurna kan? bagi laman sosial ini kekurangan terdapat dari segi bahasa kerana mereka menggunakan bahasa rojak/SMS. jadi bagi kai, laman ini cuma sesuai untuk golongan remaja berumur 13 - 18 tahun je la.

buat masa ini, Aper.my masih di peringkat BETA, dan mereka masih menambah fungsi-fungsi untuk setiap ahli mereka. apa tungu lagi? mari kita berdaftar sebagai ahli di aper.my

sokong la barang buatan Malaysia!




Jom Like!:D

Kicap pun di cetak rompak!

2 comments
oh! sekarang bukan sahaja DVD cetak rompak berluasa. Kicap kipas udang juga menjadi mangsa cetak rompak. apa ini? tak boleh ka fikir dan cipta design yang lain. sangat mendukacitakan.

Penutup botol dan warna yang berlainan!


SEREMBAN - Kicap Cap Kipas Udang adalah antara jenama popular di kalangan pengguna di negara ini.

Tetapi ramai yang tidak sedar, oleh kerana popularitinya itulah jenama tersebut menjadi mangsa tiruan dan beredar dalam pasaran.

Bagaimanapun kegiatan haram itu terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Mohd. Nor Musa berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat kicap berkenaan.

"Ketika serbuan terdapat lima individu termasuk pemilik syarikat berkenaan di premis terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli," katanya ketika ditemui di sini semalam.

kalau korang perasaan sebenarnya banyak barang lagi telah dicetak rompak. Jenama adidas telah di ganti dengan asadi. Puma diganti kepada Ruma. tentu menyakitkan hati mereka yang penat-penat fikir dan cipta produk ini. orang yang mencetak rompak ini senang-lenang meniru design dan kadang-kadang terlalu sama design! sangat pemalas!

kan lagi bagus kalau mereka yang suka meniru ini cipta sendiri. tentu pelbagai jenama menarik akan berlaku dan memberi lebih banyak pilihan untuk pengguna.

p/s: kategori berita telah diwujudkan sempena tahun 2011. entri untuk berita akan ada setiap hari pada pukul 8.00 pagi!
Jom Like!:D

Saturday, January 1, 2011

60 000 laman web lucah ditutup!

0 comments

wah! bagi kaum2 lelaki dan perempuan yang layan huruf L ni mesti akan menangis! haha

kai baca tadi dari akhbar sinar harian, lebih dari 60 000 laman web lucah telah ditutup untuk menghalang kegiatan pornografi berleluasa di negara ini.

tahukah korang lebih dari 1.8 laman web lucah wujud di negara ini dan pihak kerajaan cuma dapat menutup 60 000 lebih laman web yang tidak sihat ini. terlalu banyak dan senang untuk dicari. Maksudnya la kan dalam satu hari tentu ada berpuluh-puluh laman web lucah telah dibuat?

tindakan mereka tentu tidak akan berhenti setakat dsitu saja kan? malah mungkin tidak ada satu pun laman web lucah yang akan wujud di dunia siber kita ini lagi. insyallah, satu hari nanti.

ops! lupa kai nak cakap, ini berlaku di negara China saja.

sumber betul dari Sinar Harian

p/s: ini adalah entri-entri pertama di tahun 2011 ini!Jom Like!:D

Wednesday, December 29, 2010

malam penentu AFF suzuki 2010 - Malaysia vs Indonesia!

0 comments



malam ini adalah penentu yang sebenar antara Malaysia dengan Indonesia. adakah malam ini akan menjadi pesta laser atau malam peperangan? oh! harap tidak berlaku itu semua. sama-sama kita tunggu da lihat.

sebelum ini Indonesia pernah mengeluarkan kenyataan yang mereka dibolosi 3 biji gol disebabkan pancaran laser yang dikena pada penjaga gol mereka, Markus Harrison. oh! alasan yang sangat 'bernas' dari mereka. Malaysia juga pernah merasa kehebatan pancaran laser ini 1 disember yang lepas tapi bagaimana Malaysia mengambil tindakan? oh! Malaysia tidak sama sekali menyalahkan pancaran laser itu yang menyebabkan kekalahan 5 - 0 pada 1 disember lepas.

siapa akan menang anugerah laser paling lama?

beberapa hari lepas salah seorang artis dari Indonesia, Julia Perez mengeluarkan kenyataan yang dia akan memakai coli laser khas untuk membalas dendam kepada pemain malaysia. oh! bagaimana Malaysia akan menghalang perkara ini dari terjadi? adakah pada malam ini semua pemain akan memakai cermin mata? kita tunggu dan lihat!

saya mahu pakai coli laser malam ini! siapa mahu ikot sih?

p/s: malam ini kalau peniaga jual laser mesti untung kalau buka gerai depan stadium.. haha!

Jom Like!:D

adakah anda Lelaki maskulin?

1 comments
lelaki maskulin? siapakah mereka? ada sesetengah memanggil mereka lelaki 'jambu'. adakah kerana mereka terlalu menjaga ketrampilan diri sendiri sehingga di cop sebegini? entry kai kali ini ingin mengupas ciri-ciri seorang lelaki maskulin. adakah korang salah seorang dari mereka?

sebenarnya bagi kai tidak salah menjadi lelaki yang seperti perempuan, menjaga seluruh aset2 tubuh yang dicipta oleh yang maha esa di atas sana. dalam hadis juga ada mengatakan kita perlu menjaga setiap aset tubuh badan kita ini, kerana semasa kita berada di kubur aset kita ini la yang akan menjawab semua pertanyaan dan jika kita mnejaga mereka dengan elok tentu saja 'mereka' ini akan membantu kita nanti.

ciri-ciri lelaki maskulin bagaimana pula ya? oh! kai tidak menafikan mereka ini bermuka bersih, rambut sentiasa bersikat rapi, pakaian pula sentiasa bergosok dan sentiasa kemas. mereka ini sebenarnya senang dibuat kawan. oh! kai bukan seorang gay! disini kai cuma mengatakan kai juga mungkin salah seorang dari mereka.

oh! siapa tidak mahu kan? menjadi yang tebaek. kita sentiasa berlumba untuk menjadikan diri kita ini yang pertama. dari kecil lagi kita sentiasa dilatih dengan peperiksaan untuk menentukan siapa yang pertama dan siapa yang terakhir. hidup ini sebenarnya satu perlumbaan bukan?

bagi kai, tidak ada salah menjadi lelaki maskulin asalkan kita kenal siapa diri kita yang sebenar. "be urself people"

p/s: kai lama tak update blog ini sebab exam.. doakan kai yang terbaek dalam exam ya? terima kasih.. =)
Jom Like!:D

Thursday, December 23, 2010

Kuman ada di mana-mana!

6 comments
Katakan tidak !

tahukah korang kuman sentiasa ada berdekatan kita? kerja kuman ne sama saja dekat syaitan yang selalu men'follow' kita ke mana sahaja. oh! sangat bahaya! kita mungkin tidak perasan tapi kuman sentiasa ada.

tanpa kita sedari, komputer yang selalu kita guna selalunya ada 400 kali ganda kuman bakteria dari kuman daripada di mangkuk tandas. sangat melampau! Entry kai ini juga mungkin berbaur kuman! sila baca selepas membersih tangan, terima kasih. membasuh tangan budaya kita.

selain dari komputer, tempat2 seperti telefon bimbit juga tak kurang bahaya nya. kuman ini tetap ada walaupun kita tidak topup mereka seperti topup kredit panggilan. alangkah bagus kalau kuman ini boleh dijadikan topup. oh! bahagianya dunia ini..

bagi mereka-mereka yang suka bershopping sakan mereka mungkin juga pembawa dan menjadi rumah kepada kuman yang tak guna ini. troli yang kita usung itu mungkin tempat segala bapak kuman. jadi sebelum mengambil troli itu dinasihatkan membaca bismillah tiga kali, selawat 1 kali dan hembus sekuat hati. haha! basuh tangan sudah !


tora datang lagi dengan helikopter terbang! oh tidak.. ini bukan barangan dari tora atau tamiya. ini adalah rahsia turun temurun sejak hang li po dilahirkan lagi. pati membunuh kuman tanpa bilas atau orang putih panggil Sanitizer. segala bapak kuman akan mati dengan drastik. tak caya cuba guna? kalau tak silap kai sebelum masuk hospital mesti ada minah guard akan tahan dan berkata dengan garangnya "adik! basuh tangan dulu sebelum masuk okey?"Jom Like!:D

Tuesday, December 21, 2010

5 benda perempuan tak suka pada Lelaki!

9 comments
ingat lagi tak? kai pernah bagi tip 5 bahasa tubuh lelaki itu Tak minat korang oh rasa kekurangan rohani dan jasmani pula sebab tip tu hanya untuk perempuan je kan? haha.. kali ini kai buat tip untuk lelaki pula.. untuk menyedarkan kaum lelaki kenapa perempuan yang kita suka rapat, bercintan-cintun setiap terbit matahari hingga timbul bulan boleh tinggal kan kita dalam sekelip mata.. kepada kaum perempuan kalau kai tersilap, tolong jangan marah ya?

perempuan ramai yang suka memilih? oh tidak! lelaki pun sama juga la kan? kaum lelaki jangan cakap tak ok? kai pun salah seorang lelaki di dunia ini.. haha.

5: anda seorang pemalas

ini sangat bahaya. perempuan tidak suka kalau lelaki yang mereka suka seorang yang sangat pemalas. nak bayar duit makan malas, nak beli tiket wayang pun bagi alasan malas juga. perbuatan ini sangat la menempah maut. tunggu saat je la perempuan tu akan cakap "eh asyik-asyik cakap malas, malas betul la couple dengan kau ne!"

4: anda kaki temberang

haa yang ni aku sendiri pun tak suka. perempuan lagi la kan? siapa tak menyampah kalau korang suka sangat buat cerita tak masuk akal. ada sesetengah tu kata takpe bohong sunat kan? aduh tepuk dahi je.. kalau dalam islam sunat tu maksudnya buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa kan? tapi kalau da hari2 bohong sunat tu?agak2 dapat tak pahala?

3: anda kaki tidor

kaki bola boleh diterima lagi tapi kalau kaki tidor? oh! tepuk dahi je la ye? bayangkan la sehari korang tidur mati dan tak dengar cerita langsung dari kaum awek2 korang tu.. itu baru sehari kan? kalau da nama kaki tidor gerenti la berhari2.. awek korang da pergi lombok pun belum tentu korang tahu lagi..

2: anda kaki carut

pernah tak korang sembang dengan perempuan terkeluar carut-carut ? kalau rasa ada keluar tu baik korang simpan2 kan saja dalam hati. perempuan ini sensitif.. ada sesetengah dari mereka tak sanggup nak dengar benda2 ne semua. sebab tu la keluar peribahasa kerana mulut badan binasa!

1: anda bersifat haji bakhil yang melampau

ok! yang ini sangat la bahaya. tolong jangan la tunjuk sangat sikap 'jimat-cermat' korang tu. nak makan dengan awek pun bayar asing2 sedangkan korang yang ajak keluar. mesti panas je muka awek korang tu nanti kan?

agak-agak korang yang rasa2 diri tu lelaki tu ada tak sikap begini?

p/s: ini hanyalah pendapat kai ok?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
anda suka entry-entry kai ?

mari add Fan Page Kai

Ini Kisah Aku Blog
Jom Like!:D

Seksualiti Merdeka Malaysia, Siapakah mereka?

0 comments
astafirullahalzim..

kai baru ja tahu mengenai Group/kumpulan ini. Mereka menggelar diri mereka Seksualiti Merdeka di malaysia. Begitu 'pandai' mereka ini tentang halal dan haram sehingga menubuhkan kumpulan ini. Tujuan mereka senang sahaja mereka mahu kebebasan dalam hak seksualiti mereka. Mereka ingin bebas mencintai sesiapa tak kira walaupun dalam percintaan kaum sejenis.

Agak sedih kai baca. Ini malaysia la bukannya luar negara! Kenapa perlu ditubuhkan kumpulan yang terang-terang berdosa di negara Malaysia ini yang rata-rata nya ramai beragama Islam. sudah terlalu berilmu ke sampai begini sekali?

Dalam Al-quran juga sudah menyebut bahawa benda ini salah! tidak rasa geli dan jijik ke anda tengok mereka ini? berpegang2 tangan , bercium2 sesama kaum sejenis.


Gambar hiasan

Di sini kai letakkan link video salah seorang 'admin' dalam kumpulan, Seksualiti Merdeka ini

Tekan sini : Saya Gay, Saya ok

Sanggup mengaku GAY di khalayak ramai! oh.. Adakah mereka ini terlalu banyak pahala sehingga mencari dosa sebegini rupa?Bawa la bertaubat wahai saudara islamku.

Sama-sama la kita menentang kumpulan ini di Malaysia.. korang boleh add Group anti Seksualiti Merdeka Malaysia di facebook - TEKAN SINI

entry ini 'dicedok' dari Oh!tidak

p/s: Membetolkan apa yang Betul, Mensalahkan apa yang Salah!
Jom Like!:D

Friday, December 17, 2010

Telefon bimbit paling Lasak di dunia

4 comments
selamat hari-hari semua! Kai baru je dapat cerita pasal ne, sebab kes kai google nak cari telefon bimbit yang baru kan? tapi dapat yang ne.. kai nak share la dekat korang semua.

sebuah telefon bimbit telah dicipta, yang hebatnya tentang telefon ini telefon ini walaupun digelek sebuah kereta tetap tahan tanpa ada kerosakan apa. wah! telefon ini akan menjadi kesukaan ramai nanti.


LONDON - Pengeluar barangan pembinaan dan kejuruteraan, JCB, mencipta telefon bimbit paling lasak di dunia dikenali sebagai JCB Toughphone Sitemaster, lapor sebuah akhbar semalam.

Syarikat berkenaan mendakwa gajet itu tidak rosak walaupun ia direndam di dalam air selama lapan jam, tahan cuaca panas pada suhu 75 Celsius dan suhu beku -30 Celsius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.

Berbeza dengan telefon bimbit pintar iPhone keluaran Apple yang perlu dijaga rapi, ciri-ciri lasak JCB Toughphone amat sesuai bagi mereka yang bekerja di tapak bangunan atau ladang.elefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram.


p/s: mat indon dan mat bangla yang kerja buruh mesti suka kan? hahaJom Like!:D

Thursday, December 16, 2010

Keindahan Bumi Kita Dari Angkasa!

0 comments
pernah korang terpikir tak macamana rupa bumi kita ne dari atas? maksud aku bukan dari atas bangunan ya.. tapi dari atas angkasa.

North Africa & Nile River
2) the Mediterranean coast of Spain to Italy.

3) Night Europe. The brightest - London and Paris.

4) Southeast U.S., Florida.

5) Istanbul, Turkey.

6) The Soyuz TMA-19 on the Galapagos Islands.

Subhanallah. korang tengok sendiri la sungguh cantik bumi ini, Allah maha besar!Jom Like!:D

Upacara 10 muharam yang sangat Pelik!

13 comments
apakah ini? adakah mereka beragama islam? buat aku tertanya-tanya ja.. takda lagi rasanya dalam Al-quran tertulis upacara ini.. mazhab manakah mereka ikot ini? ini boleh mendatangkan Marah!

sila tengok gambar di bawah :

Upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana perbuatan seumpama ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud, ...

"Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) "


jangan terlalu 'pandai' sampai buat begini!Jom Like!:D

Budak sekarang dah pandai ya!

14 comments
oh! tidak! apa nak jadi dengan budak2 sekarang.. kalau zaman aku dulu semua sangat2 la 'ribena' tetapi kenapa budak sekarang lebih pandai.. jeles nya aku! kalau zaman aku dulu pergi sekolah bawak telefon ke sekolah adalah satu perkara yang boleh membunuh diri-sendiri tetapi sekarang? "cikgu, nak pergi tandas" dengan ucapan begitu sahaja mereka sudah boleh ke belakang sekolah dan bermesej2! apa ini? peraturan sudah longgar.. Peraturan2 dulu yang bersaiz XXL sekarang sudah menjadi S.. adakah kerana jus mate 5? *aku sudah merepek*

apa yang aku nak cakap disini bukan la sebab telefon ye? berita ini aku dapat dari Jiran aku, Makcik Metro.. di mana rakaman 'panas' budak telah dijumpai. yang menambahkan kepelikan aku ialah budak itu dipercayai adalah adik beradik kandung? wah! apa sudah jadi?


BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun. Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.

“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa. “Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.

oh! sangat mengecewakan!

p/s: kai nak beli telefon baru, sapa ada suggestion telefon menarik ?Jom Like!:D

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa Idea boleh lari?

6 comments

pernah rasa macam ne? bagos tak kalau terjadi? bagi kai, sangat la tidak bagos! idea untuk menulis entry-entry yang 'meletup' terus ilang begitu sahaja. dan akhirnya kita akan tanya, tajuk apa nak tulis hari ni? ok. Kenapa benda ini terjadi?

Saya Terlampau banyak idea la!
banyak idea? bagos. tapi kalau terlampau-lampau tu memang payah la. sebab kita tidak tahu nak pilih yang mana satu. alih-alih langsung tak tulis pun idea tu. otak kita ne, kalau terlampau banyak berfikir, perkara pertama yang dipikirkan akan hilang, tak percaya korang cuba ingat balik mimpi 2 ari lepas. ingat? kalau ingat pun mungkin samar-samar kan?

masa ne takda perkhidmatan awam!
maksud kai, idea ada tapi masa idea tu datang kita tak berada di depan laptop, di kawasan yang ber-Internet. susah tu. idea yang bagos2 terus akan hilang di situ. sudah terjadi perkara yang sia-sia di situ kan? jadi nak buat macamana?

senang ja, buat secara manual. sentiasa ada pen dan kertas. tulis idea tu di kertas, atau pun kalau zaman IT yang serba canggih ini karang entry dalam telefon canggih korang tu.. senang kan? kalau tak dapat karang pun, taip je idea kita tu. nanti takda la ternganga lagi depan laptop tu kan?


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan Lupe Undi Kai di Blog Baru Pilihan Malaysia !

ingat 49, ingat kai!

tekan sini kalau nak undiJom Like!:D

Sunday, December 12, 2010

Perempuan, Gitar dan ...

16 comments
wah! kai taksub sekarang tengok dekat dunia kita ne.. kalau dulu lelaki je berjaya mengoreng gitar, tapi sekarang perempuan juga tak kurang hebat bermain gitar. aku tabik! dunia sudah maju kan wahai perempuan?

pakej2 perempuan yang main gitar ne selalunya sangat lengkap. 5 bintang la kai katakan. da la terer petik gitar, suara pula sedap, tambah2 ada sesetengah tu muka sangat comel! kai suka.. tipu la kaum lelaki kalau cakap tak suka perempuan muke comel.

ini antara perempuan2 Malaysia yang berjaya menggoreng gitar kelas 1..

Yuna

Wani ardy - Letcurer kai suatu masa dulu

Ana Raffali

Ainan Tasneem

Hana zatie - Terkenal dengan lagu 150 Juta

Mereka ini sangat bagus bila bersama gitar.. siapa kata Perempuan Melayu Malaysia tak hebat!
Jom Like!:D

Saturday, December 11, 2010

4 golongan Lelaki masuk Neraka

5 comments

ok, harini kai nak cerita pasal agama sikit.. ala kai nak gak jadi ustaz.. buleh kan?

tahukah korang golongan-golongan lelaki yang sure masuk Neraka? dekat sini kai akan ceritakan 4 golongan tersebut.

yang pertama : golongan Ayah
Ayah yang tidak mempedulikan anak-anak perempuannya, dia tidak mengajar anaknya tentang keperluan agama, tidak mengajar anaknya cara bersolat dan mengaji. Dia membiarkan anaknya mendedahkan aurat di khalayak ramai.

yang kedua : Golongan Suami
Suami yang tidak mengawal tingkah laku isterinya. tidak menyuruh isteri nya mengawal cara percakapan agar jangan terlalu bebas dan cara mereka menghiaskan diri. Dia juga tidak mengajak isterinya bersolat jemaah sama.

yang ketiga: Golongan Abang
Abang yang tidak menjaga adik-adik perempuannya. Abang yang tidak mengambil tahu keadaan adiknya dan membiarkan adiknya sesuka hati keluar dari rumah.

yang keempat : Golongan Anak Lelaki
Anak yang rajin bersolat tetapi ibu bapanya tidak solat, jika anak lelaki itu diam dan tidak menasihati ibu bapanya.

Jika korang ada berbuat demikian, hentikan lah. Kita tak masuk masuk ke dalam golongan orang yang masuk ke dalam api neraka. Mari kita sama2 berdoa agar kita terselamat dari api neraka jahanam ini.Jom Like!:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...