Tuesday, January 11, 2011

Kenapa Aku tak suka perkataan KALAU!

1 comments
hari ini, kai nak cerita pasal perkatan KALAU ini. perasan tak kita ni selalu sebut perkataan ini tapi tak sedar? kenapa bagi kai perkataan kalau ini sangat tak berguna.

korang pernah dengar ayat-ayat tak best camni tak:


(1) "Kalau lah aku boleh terbang kan bagus?"
(2) "Kalau lah aku kaya sekarang ini kan? tentu.."
(3) "Kalau aku hensem, tentu ramai orang suka kan?
"


cuba kita fikir-fikir balik, tak ras kan perkataan Kalau ini sebenarnya ayat bagi orang putus asa. kai tahu sebenarnya ramai yang cakap perkataan kalau yang lain setiap saat + hari. kalau tak percaya, cuba korang test sendiri, setiap kali tercakap perkataan kalau terus kira. sampai habis hari tu, cuba check balik. mesti banyak punya. tak tipu la!

bagi mereka-mereka yang sukakan perkataan kalau ini, cuba ubah ayat korang balik, macamana nak berjaya kan kalau hidup kita ini masih dipengaruhi oleh ayat KALAU ini..

mungkin ada sesetengah orang tak sokong apa kai cakp dekat sini, tapi cuba la pikir balik.. nak berjaya, kita kena ubah cara kita. kalau tak sampai bila takkan berjaya dan sentiasa berkalau dan menyesal seumur hidup ni kan?

"hurm. Kalau la aku boleh berjaya.."Jom Like!:D

Sunday, January 9, 2011

Perhatian! Facebook akan ditutup 15hb Mac!

7 comments


GoodBye Mr Facebook!

adakah berita ini betul? berita sebenar di sini - Weekly World News


Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

Mark siap bagi amaran lagi : “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Mark Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset. but “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

betul juga apa yang dicakapkan oleh Mark ini. kalu online Facebook dari 15 minit boleh jadi 2 jam. sampai tinggal kelas, asignment, sekolah dan sebagainya. ad yang sampai 2-3 hari tak mandi sebab nak online Facebook ni.

kai sangat sokong satu ayat dari Mark, dia cakap “I don’t care about the money, I just want my old life back.”

see! Mark sendiri pun tak kisah, bagi korang dah sedia untuk tutup Facebook tu belum? kalau belum pun, Mark tetap nak tutup gak. haha

p/s: Mark dah borink dengan Facebook kot.. lepas Facebook takda burung(Twitter) je la kan?Jom Like!:D

Saturday, January 8, 2011

1 hari, 1 bayi dibuang!

2 comments
tahukah korang stat pada tahun 2011 ini, 7 orang bayi yang tidak bersalah telah dibuang. oh! 1 hari,1 bayi telah hilang di dunia ini. astafirullahalzim!

Jangan anggap Bayi ini objek! bayi bukan lah objek untuk dibuang-buang seperti kita membuang sampah di jalan. Mereka sebenarnya adalah insan yang teramat mulia kerana tidak ada setitis dosa pun ke atas mereka.


Tidak kah rasa bersalah terhadap mereka ini, tergolek di jalanan seperti bangkai. kenapa tidak dieberi peluang untuk hidup? kenapa? mereka tidak pernah terlintas untuk lahir di dunia jika tidak kerana kita sendiri. mereka juga manusia seperti kita, tidak ada beza sedikit pun. kenapa kita diberi peluang untuk hidup tetapi tidak mereka?

bagi mereka yang suka 'membuang' sesuka hati ini, bertanggungjawab la sikit. kalau anak kucing atau arnab boleh dibela inikan pula anak sendiri.

kenapa 'mereka-mereka' ini membuang bayi?

Tidak mempunyai Duit?
Tidak mempunyai kerjaya yang memuaskan?
Tidak berpengalaman tentang hal menjaga budak?
Tidak cukup 'besar'?


jika ini alasan yang diberi, memang kai terus hentam dieorang. semua benda boleh dibelajar dan dicari. disebabkan mereka terlalu malas ini la sebab benda ini terjadi.

"setiap pengalaman boleh dicari dengan berani mengambil tindakan"Jom Like!:D

Bapa Tonton Video Anak diperkosa

1 comments

Kejadian ini berlaku di Temerloh, apabila seorang bapa terkejut kerana menyaksikan anaknya telah diperkosa dalam salah satu klip video di telefon.

dikatakan kes ini telah berlaku pada tahun 2009, apabila seorang duda berumur 66 tahun telah memujuk anak beliau yang mengalami masalah mental masuk ke dalam rumah. Di situ mangsa telah diperkosa lebih dari tiga kali dan suspek juga telah merakam aksi tersebut ke dalam sebuah telefon bimbit.

setelah video itu bertukar-tukar tangan ke sana sini dan dijumpai oleh kawan kepada bapa mangsa. selepas mengecam bahawa itu anak kepada kawanya, dia terus memaklumkan kepada bapa itu.

bapa mangsa merupakan seorang buruh terkejut besar, lalu bertindak mencari penyebar rakaman tersebut lalu menjumpai seorang lelaki yang masih mempunyai klip tersebut dalam telefon bombit lalu melihat dan mengesahkan perempuan dalam video itu anak anak nya.

bapa terus memberitahu isterinya lalu mereka melaporkan ke Ibu pejabat polis (IPD) di Temerloh.

Mangsa yang juga merupakan anak sulung bagi 3 beradik itu telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Syah (hoshas) untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

telefon bimbit yang mempunyai klip video tersebut juga telah dirampas untuk diperiksa dengan lebih teliti.

p/s: Jiran pun dah tak boleh percaya sekarang ni.Jom Like!:D

Jeles nya Aku tengok Kau!

0 comments
*Entri ini berunsur jeles yang teramat*

kenapa? sebab kai banyak telah tertinggal bas. rugi-rugi! Sejak akhir-akhir ni ramai kawan dan lepas sem akhir dan terus menjejak kaki keluar dari kolej 'Kesayangan' kiteorang Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU).

Sebab apa kai jeles? WELL. Sebab kai masih perlu berada di sini. Kadang-kandang sedih pun ada, ramai sekarang tengah sibuk cari tempat Praktikal. kalau ada yang tanya, memang kai tak jawab banyak tapi senyum je la. Siapa tak jeles kan? Budak-budak rumah kai semua dapat Pratikal Di Pulau Pangkor. kite orang masuk sekali, tapi masa keluar.. sedih nak cerita.


Terpaksa la menjadi Super-Senior dekat sini. kalau nak kata bangga memang tak la, buat apa lama-lama sampai beruban dekat sini kan? siapa suka angkat tangan laju-laju?

So, kepada kepada semua yang akan habis sem ini, kai doakan final exam korang sume terbaek la kan? kalau tak memang tak dapat keluar lagi la kan? yang penting korang yang keluar tu teori + praktikal kena sama kuat. kalau teori kuat, tapi praktikal kurang nasib la. Kalau kena maki dengan Chef GOrdon Ramsay macam dalam cerita Hell's kitchen tuh pandai-pandai la jawab ok?

Tahan telinga jangan bagi berdarah ok kawan!

luahan hati yang hampa dari Kai azmier
Pelajar Kuala Lumpur Metropolitan University
Diploma in Culinary Skill
Jom Like!:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...