malam ini adalah penentu yang sebenar antara Malaysia dengan Indonesia. adakah malam ini akan menjadi pesta laser atau malam peperangan? oh! harap tidak berlaku itu semua. sama-sama kita tunggu da lihat.
sebelum ini Indonesia pernah mengeluarkan kenyataan yang mereka dibolosi 3 biji gol disebabkan pancaran laser yang dikena pada penjaga gol mereka, Markus Harrison. oh! alasan yang sangat 'bernas' dari mereka. Malaysia juga pernah merasa kehebatan pancaran laser ini 1 disember yang lepas tapi bagaimana Malaysia mengambil tindakan? oh! Malaysia tidak sama sekali menyalahkan pancaran laser itu yang menyebabkan kekalahan 5 - 0 pada 1 disember lepas.
beberapa hari lepas salah seorang artis dari Indonesia, Julia Perez mengeluarkan kenyataan yang dia akan memakai coli laser khas untuk membalas dendam kepada pemain malaysia. oh! bagaimana Malaysia akan menghalang perkara ini dari terjadi? adakah pada malam ini semua pemain akan memakai cermin mata? kita tunggu dan lihat!
p/s: malam ini kalau peniaga jual laser mesti untung kalau buka gerai depan stadium.. haha!
p/s: malam ini kalau peniaga jual laser mesti untung kalau buka gerai depan stadium.. haha!
0 comments:
Post a Comment