Saturday, December 4, 2010

blogger kering idea? TIDAK!


memang semua akan rasai ini. otai-otai pon mesti ada yang pernah punye. otak buntu dan tulis apa kan. aku tak tipu, aku selalu mendapat 'penyakit' ne.. tajuk ada, tapi isi.. errr BLANK.. nak tulis pun jadi malas, silap2 idea tajuk tu pun akan ilang esok hari. ok tak pe, aku tolong kasi Tips sikit kat blogger2 yang selalu kering idea nak tulis entry yang terbaek.

buat sesuatu yang lain dari yang lain
asyik tulis entry yang macam sama jek.. bosan la macam tu kan? kalau selalu entry tulis pasal makanan apa kata cube tulis entry pasal kasut plak. baru le Blogger2 lain yang singgah di blog kita tak bosan.

Tulis pasal isu-isu semasa
takkan hari2 takda benda terjadi kot.. tipu la.. cube bukak paper tu.. macam2 benda ada.. tapi jangan la copy paste benda tu.. cube tulis sendiri.. baru le boleh letak pendapat sendiri selain itu dapat men'elok'kan tulisan kita.

Keluar jalan-jalan
ya betol, kuar jalan2 tengok sekeliling kita.. mesti dapat idea punya la.. tipu la kalau sambil jalan mulut tak pernah bercakap. mesti ada jek benda nak mengomen pasal orang lain. so dari situ korang akan dapat idea untuk menulis ne.

ADD rakan-rakan di luar negara
sebab apa luar negara? dah korang takda idea nak tulis pasal dalam negara, cerita la pasal luar negara. tanya kawan tu apa yang besh tentang tempat dieorang tu.. tulis balek.. mesti ramai yang nak baca.

Rajin cari maklumat lebih
apa kata korang rajin sikit, mintak tolong Pakcik Google tu.. search je benda yang dalam otak tu.. kalau taknak pun bukak online news.. cube baca.. mesti dapat idea tu.

Melancong ke tempat yang tak pernah pergi
melancong? kerja senang tu.. cube pergi jauh2 sket.. bawak laptop sekali.. bile kat sana mesti berlambak2 idea nak keluar. so tulis la. lagi banyak lagi bagus.. baruw blogger lain selalu masuk blog kita ne.

JOIN kelab atau persatuan
dengan masuk kelab ne, korang dapat tambah pelbagai idea.. selain tu dapat tambah ramai kawan. hidup pon tak bosan kan sebab selalu ada aktiviti kelab yang nak kena buat.

itu la sikit sebanyak idea aku dapat bagi korang.. sebenarnya banyak lagi cara nak dapat idea ne, sambil makan, sambil tengok tv gerenti banyak benda masuk dalam otak.. kan? selamat mencuba!

7 comments:

bunny_mushuk said... [Reply to comment]

nice ! ^^

Cik Mulat said... [Reply to comment]

bgs2....tips yang bergune...huhu...

kai azmier said... [Reply to comment]

@bunny >> thnx ea..

@cik mulat >> thnx ea.. tip yang besh2 tuh gne ler kalo xdew idea nk tulis entry.. =)

10jarijemari said... [Reply to comment]

nice sharing bro~ ^^

kai azmier said... [Reply to comment]

@10jarijemari >> yeah.. thnx ea..

shida ♥ said... [Reply to comment]

entry macam nie pown ade ? haha , okay ! tqtq ;)

kai azmier said... [Reply to comment]

@shida >> memang kene ada.. kita kene fleksibel.. idea kene dtg dari semua arah.. kalau asyik nak cari entry yg bertopik same jek.. bosan ler blogger laen yg masuk nk bace entry ne kn? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...