celik mata hari ni terus pandang kalendar dekat handphone. oh 1-1-11! wah! No yang sangat cantik untuk di ekorkan. uish! dosa la! *taubat kejap*
Korang sambut tahun baru semalam dekat mana? Kai semalam Pergi Dataran merdeka je.. layan bunga api dekat sana, ada juga artis M.nasir,Amy search, Misz Nina dan lain2. boleh la tahan kan, dapt karaoke Free. nasib baik la semalam takda gado bagi-bagai. tapi kawan kai cerita sambutan dekat Pavillion berlaku teruk gak. sampi berdarah kepala kena ketok dengan botol kaca. adeh!
ok, tahun lepas banyak benda kai miss. kan kai pernah cerita dekat entry selamat datang ke bulan disember! kai harap tahun lepas tu dapat la kotakan misi-misi dan cabaran tahun lepas yang tak sempat nak buat lagi ni. korang ad tertinggal apa-apa tak tahun lepas? kalau ada tertingal mari buat betul2 tahun ni. Kita boleh!
azam tahun ne? korang ad azam tak? siap azam ea? haha! azam bukan nama orang ok. azam kai untuk Blog 'Ini Kisah Aku' tahun ni:
- Mendapat follower ke 1000
- Menjadikan Blog info paling cepat
- Mendapat UV klik 200-300 sehari
rasa-rasa dapat tak kai? maklum la kai masih baru lahir lagi dalam blog ini. kalu nak dibandingkan dengan otai-otai macam Ben Ashaari, Red Mummy, Mat Gebu, Dark Batman dan otai yang hebat-hebat dekat blog ini memang macam langit dengan air la kan? mereka adalah otai blogger terbaik!
jadi sebelum entry ini dihabiskan kai nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua di dunia ini dan siapa yang baca blog kai yang tak seberapa ini. amin
4 comments:
semoga azam tercapai..
bagus2.. teruskan niat mu itu... aku akan follow..
aku doakan kau dan blog kau bahagia...!!!hahaha...teruskan usaha..untuk update blog nie...okay
@ejulz > yea.. thnx!
@myba87 > thnx bro! ok2..
@alkisah69 > hahax.. ok2.. tu la aq akan try update selalu.. insyallah!
Post a Comment