Sunday, January 2, 2011

Kicap pun di cetak rompak!

oh! sekarang bukan sahaja DVD cetak rompak berluasa. Kicap kipas udang juga menjadi mangsa cetak rompak. apa ini? tak boleh ka fikir dan cipta design yang lain. sangat mendukacitakan.

Penutup botol dan warna yang berlainan!


SEREMBAN - Kicap Cap Kipas Udang adalah antara jenama popular di kalangan pengguna di negara ini.

Tetapi ramai yang tidak sedar, oleh kerana popularitinya itulah jenama tersebut menjadi mangsa tiruan dan beredar dalam pasaran.

Bagaimanapun kegiatan haram itu terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Mohd. Nor Musa berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat kicap berkenaan.

"Ketika serbuan terdapat lima individu termasuk pemilik syarikat berkenaan di premis terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli," katanya ketika ditemui di sini semalam.

kalau korang perasaan sebenarnya banyak barang lagi telah dicetak rompak. Jenama adidas telah di ganti dengan asadi. Puma diganti kepada Ruma. tentu menyakitkan hati mereka yang penat-penat fikir dan cipta produk ini. orang yang mencetak rompak ini senang-lenang meniru design dan kadang-kadang terlalu sama design! sangat pemalas!

kan lagi bagus kalau mereka yang suka meniru ini cipta sendiri. tentu pelbagai jenama menarik akan berlaku dan memberi lebih banyak pilihan untuk pengguna.

p/s: kategori berita telah diwujudkan sempena tahun 2011. entri untuk berita akan ada setiap hari pada pukul 8.00 pagi!

2 comments:

fad*** said... [Reply to comment]

kerje giiler tuh....wat buang duit dan ambiik resiko jer

kai azmier said... [Reply to comment]

@fad** > taw tak pe.. mmg rugi masa jek.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...