Wednesday, January 5, 2011

Serius! Cuba ingat balik dosa korang!

Dosa dan pahala korang hari ini, mana lagi berat?

korang rasa korang penah buat salah tak? teett! soalan tamat, sila hantar kertas jawapan ke kaunter 3, terima kasih.. *merepek*

kalau ada yang kata tak pernah buat salah meh kai nak stalait(jentik) dekat kepala tu sikit. sakit kan? Semua manusia tak perfect, takkan ada sesiapa yang perfect dalam dunia ni, kecuali yang Di atas sana ok? kalu ada yang mengaku diri dia perfect pun sebenarnya dia anggap dia perfect tapi sebenarnya lebih kepada ketak-Perfect-kan langsung. *mara cikgu BM dengar ayat camni*

Apa kai nak cakap di sini bukan pasal perfect tuh, yang tu semua isu lama. Kai nak surh korang buat kerja sikit cuba korang tekan refresh balik dekat otak tu, tanya soalan ini. Aku ada buat salah apa hari ini? sebenarnya kita mungkin tak perasn yang kita da buat berpuluh-puluh atau beratus-ratus kesalahan untuk hari ini saja. kai sendiri pun mungkin telah buat kesalahan besar dengan merepek tak tentu pasal dekat entri ini. kalu la boleh tanya malaikat dekat kiri dengan kanan kita, kan senang? pinjam kejap buku amalan diri kita, gerenti kita dah tahu dosa dan pahala kita.

cuba fikir sejenak sambil gigit biskut bersama kopi depan laptop tu.

ada aku terlangar orang tak hari ini?
ada aku lupa nak senyum dekat kawan-kawan aku tak hari ni?
ada aku mengumpat sesiapa tak hari ni?

*banyak soalan sebenarnya kai terfikir tapi simpan untuk diri sendiri dulu la.*

apa kata amik kertas ke kalu takpun buka Mc WORD kejap. tulis kesalahan yang korang ingat. kalu rasa-rasa banyak cuba la pikir cara nak minta maf balik dan betulkan kesalahan tu. dan yang penting JANGAN bagi kesalahan ini berulang.

bak kata Dr Fadzilah Kamsah "Mari renung-renungkan lah dan selamat beramal.. "

5 comments:

EmanTheHalia said... [Reply to comment]

huhuh pic kat atas tu dapat mane? dosa pahala eh.. kene renung balik..

Qish Darleena said... [Reply to comment]

waah duhh . pedas gila . [dan saya terasa juga]
huhu . thanks sudi ingatkan kawan kawan anda ni . keep on moving abang kai. =)

kai azmier said... [Reply to comment]

@emanCLoud > dari Pakcik google! kenapa?

@EspadrillaBadaruddin > haha.. biasa la kena ingatkan semua kawan2.. =)

hans said... [Reply to comment]

yups
kita nih xdapat lari dari melakukan kesalahan
betul tu
kena muhasabah diri masing2
nice entry

P/S : Pandang Kemana Tu? Rimaslah!

kai azmier said... [Reply to comment]

@hans > betol.. sebab tuh la kite kene sntiasa beringat.. kite tak tahu bile ajal kita.. tak boleh ler kate arini aku buat dosa, esok aku taubat la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...