Thursday, January 6, 2011

Soalan menarik tentang Bola Sepak


masa tengah tunggu Arsenal lawan Manchester City, kai terfikir lak idea nak buat entri mengarut ni. khas untuk sesiapa yang tengah bosan nak tunggu Game pukul 3 kejap lagi.

kadang-kadang kita terlupa sebenarnya ada macam-macam perkara pelik tentang bola sepak. tapi tak pernah lagi kai tengok ada yang berani nak tanya soalan-soalan pecah punggung ne. dengan ini, kai selamba badak akan tanya dan korang kalau ada jawapan boleh bagi jawapan tanpa segan silu. kai tak makan orang maaa *loghat cina sikit*

soalan 1: Kenapa 1 biji bola diberi untuk 22 orang pemain?
yang ni kai pelik sebenarnya, kenapa la tak dicipta 22 biji bola untuk setiap pemain. kan ke lagi senang nak bagi gol. takda la nak nangis guling-guling kalau Wayne Rooney tak dapat jaring penalti. kan?

soalan 2: Kenapa Referee kena lari sama?
bukan ref saja sebenarnya? penjaga garisan, tukang baling bola semua kena lari. kenapa ea? sedangkan kita sepatutnya tengok 22 orang pemain berlari berguling-guling atas padang tu. Ref ne selalunya akan berlari bersungguh-sungguh pergi ke bola, tapi sepaknya takda la kan? tapi kalau dapat interview ref masa tengah lari, mesti dia cakap "Im tired to catch the ball but can't even kick it even once!"

soalan 3: Kenapa setiap pemain kena pakai kasut/but bola?
tahu la tengah main bola, tapi kenapa kene pakai? takkan la tak boleh pakai kasut lain. apa? tapak tajam? eh, cipta la kasut tapak tajam tu. suruh la Nike, Adidas tu fikir idea besh sikit asyik2 tengok semua kasut sama je. pemain pun nak jak pakai sandal, kalau tak pun pakai high heel ke. haha!

soalan 4: Kenapa Setiap pemain pakai seluar pendek?
kalau ikot ajaran islam seluar atas lutut dah kire haram da kan? halal haram tolak tepi kejap, yang kai pelik kenapa tak boleh pakai seluar panjang? kalau tak pun pakai skinny ke. kan ke lagi meriah. dah la trend sekarang pakai skinny, ni tak sejak dari zaman bola sepak dicipta lagi seluar katik juga menjadi idaman kalbu.
soalan 5: Kenapa palang gol dicipta?
selalu kalau tengok bola, kalau bola kena palang je mesti sakit hati kan? kenapa palang tu dicipta? kacau la, cuba la lukis garisan ke, kalau tak pun buang garisan dekat dinding tembok china bagai tu. tendang pastu dapat point. kan senang. tak payah pengutip bola susah-susah nak ambik bola bagi dekat pemain balik. dieorang da la kerja tak bergaji. penat tau tak?
soalan 6: Kenapa bola sepak tak boleh bawak balik?
kalau tengok game Baseball bila bola sampai ke arah pemain dieorang akan tangkap, sapa dapat kira bertuah la lepas tu. simpan berkurun-kurun lama sikit pastu jual. harga gila-gila punya mahal. tapi kenapa bola sepak tak boleh buat camtu? takkan la bola sepak dicipta 1-2 biji je untuk setiap game? kata kaya.. haha!

ok2! tamat sesi merepek bersama kai, kita jumpa lagi di lain waktu, di lain entri dan di lain memori. *kalau tak paham, buat-buat paham sudah!

sumber dari Uncle GG!

p/s: sekali sekala buat entri merepek buleh kan? asyik nak serius je tak besh la nanti.. haha

7 comments:

EmanCloud said... [Reply to comment]

urm adoi. bola itu satu perlawanan. bagi sorang satu bola. baek x yah men haha

kai azmier said... [Reply to comment]

@emanCLoud > boleh la.. kenapa paintball boleh dapat sorang 1 senjata? haha

Shaheila Malek said... [Reply to comment]

Yg penting, permainan skrg dah cukup best dan lengkap.. ^^

saya_arief said... [Reply to comment]

soalan 1 tu harus dijawab dengan sebaik mungkin..susaaaah..
hahaha.

d_tieah said... [Reply to comment]

Ini bukan merepek ni, ni loyar buruk sgt..
Hahaha..

hans said... [Reply to comment]

sebab bola sepak dah dicipta macam tu
permainan lain pun ada undang2 dia juga
so tak ada apa nak dipelikkan

P/S : Bersama Hans di Restoran Keluarga Anda - Yankies Hut

kai azmier said... [Reply to comment]

@shaheilaMalek > ya.. betol2.. skang mmg besh.. saje jek buat entri ne.. =)

@sayaArief > haha.. betol mmg susah tuh..

@dTieah > ala sekali sekale takpe la kan? hehe..

@Hans > betol2.. ni kawan peraturan da lain mmg bukan bola sepak la namnya kan? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...