Tuesday, December 27, 2011

Tablet KHAS untuk KAKI GAME n KAKI DVD! RM420!

3 comments

Onda VX610 7" A10 Cortex 8GB 1.5GHz

RM420!! you can find this price anywhere!
PROMOTION PRICE!!

choose the color; BLACK/WHITE


NEW A10 1.5 GHZ HIGH PERFORMANCE PROCESSOR
512DDR3 RAM
BUILD IN 8GB STORAGE
LONG LIFE BATTERY
SUPPORT 3D GAMES
SUPPORT 2180P HD MOVIES
SUPPORT RMVB MOVIES
CAN USE AS RMVB PLAYER
TV OUTPUT SUPPORT


E - book function
Support : TXT format
Read features independent bookmarks, automatic browsing, horizontal screen switch

HD Spec : 2160p 3840 × 2160
Video format : RM / RMVB, AVI, MOV, MKV, DAT, VOB, FLV

100 Aplikasi Android will be gicing free!

white version

BLACK VERSIONJom Like!:D

Friday, December 23, 2011

Tabulus Phone Tablet 7" Android 2.2 untuk dijual! RM380 SAHAJA!

7 comments
Tabulus Phone Tablet 7"Android 2.2

Penghantaran 1 - 5 ari bekerja!
Harga rm380!
contact no: 013-3192048 (kai)


Product Description

Introducing the Tabulus, the next generation of tablets - a mix of Phone and Tablet. With Android 2.2, WiFi, a 7 inch touch screen, front facing camera, 4GB internal memory, AND the ability to make phone calls, the Tabulus has it all.

The first hybrid between Phone and Tablet
The Tabulus brings a lot of convenience and originality by merging a phone with a tablet. Now, there's no need for 2 devices anymore to make and receive calls, as the Tabulus can do everything directly: Write and read SMS, browse the internet using WiFi, watch videos on the 7 inch screen, read eBooks, send emails, play your favorite games, EVERYTHING.

Powerful MID
Powered by the ingenious Android 2.2 operating system, the Tabulus provides true multi-tasking, widgets, and many more features that can't be found anywhere else. It also comes packed with convenient applications such as email, YouTube, Skype, etc.


Offered at a breathless low price

Hot spots:
Android 2.2 Tablet Phone
Dual-band GSM for phone calling (900/1800MHz, doesnot work in USA&Canada etc, for more information pls visit: http://www.gsmworld.com/roaming/gsminfo/index.shtml)
7 inch touchscreen
600MHz processor, 256MB RAM
WiFi
4GB internal memory
Ultra-thin form factor
Front facing camera
Pre-loaded with YouTube, Skype, and many more apps
Built-in MIC and speaker
Download tons of third-party apps and games from app market or other 3th party apps source!

Specifications:
Operating System: Android 2.2
Model: VIA WM8650, 600MHz (maximum clock: 800MHz)
Product Type: Android Tablet Phone
Keyboard: On screen keyboard
Pointing Device: TFT Resistive Touch Screen
Camera: 0.3 MP
Battery Type: 2400mAh 2-Cell Lithium
Battery / Run Time (up to): 3 hours working time (depends on actual using)
Power Device Type: AC adapter
Voltage required: 100V - 240V
Miscellaneous / Color: Black
Languages: English, French, Spanish, Italian, German, Dutch, Portuguese, Greek, Russian, Turkish, Polish, Danish, Swedish, Norwegian, Czech, Chinese, Japanese, Korean, Farsi, Arabic, Thai
Dimensions / W x D x H: 19.5 × 12.6 × 1.2 (cm)

Communications
Wireless Connection: WiFi, USB 3G
Wireless Protocol: WiFi 802.11b/g
Phone Network: Quad-band GSM (900/1800)

Support Format
Video: MP3, WMA, WAV, APE, OGG, FLAC, AAC
Audio: AVI, 3GP/MP4, MPG, RM/RMVB, MKV, MOV, FLV, WMV
Picture: JPG, JPEG, BMP, PNG
Ebook: PDF, TXT etc.

Performance
Processor Type: VIA WM8650
Processor Clock Speed: 600MHz (maximum clock 800MHz)
RAM Installed Size: 256MB
Display Diagonal Size: 7 Inch
Max Resolution: 800*600
Display Technology: TFT Resistive Touch Screen

Penghantaran 1 - 5 ari bekerja!
Harga rm380!
contact no: 013-3192048 (kai)
Jom Like!:D

Wednesday, February 9, 2011

Perhatian!

3 comments
ape2 pun sebelum mukadimah besar kai nak cakap terima kasih kerana singgah di blog ini, samada korang lawat dengan ikhlas atau tersilap tekan. thank you!

harap maaf tuan blog ini tidak dapat mengaktif blog ini untuk seketika waktu! beliau sedang menghilangkan diri mencari sesuatu!

terima kasih!

Jom Like!:D

Friday, January 14, 2011

mari kenali Kategori Blogger ! wajib tahu!

6 comments
korang tahu kategori blog korang? korang suke tulis pasal apa ea? kategori-kategori di bawah ne bukan la yang betul-betul tapi kategori dari mata kiri dan kanan kai ini. sebenarnya kai sendiri pun tak dapat kenal pasti lagi blog kai ini kategori yang mana. ye la blog ini masih di tahap ke-MENENGAH-an saja kan, blog ini pun baru setahun bendi.*selalu sebut jagung, tukar la pula*

1. Blogger yang suka men potong-lekat(copy-paste) Entry dari forum-forum kat malaysia ini macam jiwang.net, infomaya.net, syok.org dan sebabgainya. Tahap blog diview mungkin banyak tapi tak asli la ok? bagi yang sukakanya jangan lupa kredit kan, marah pula tuan punya artikel sebenar nanti.

2. Blogger berjiwa kesukanan. kalau tengok dari blog tu mesti banak pasal sukan, tambah-tambah ada beratus0ratus peminat bloa sepak ini kan? semua keputusan epl, piala malaysia, piala dunia nak letak dekat blog tu. kalau yang lagi expert tu, cara-cara nak tendang bola pun boleh letak juga dalam blog tu kan?

orang sepak bola, aku sepak kepala

3. Blogger yang suka cerita pasal diri sendiri. hari ni buat apa, makan nasi tambah berapa kali, tidur dekat mana malam ni, semua letak dalam blog. selalunya blogger perempuan la tetapi kalau ada lelaki juga kira hebat la. tapi kena pastikan anda berstatus/bertahap artis la kalau nak tulis panjang-panjang kan? kalau tak sapa la nak baca.

4. Blogger kaki kutuk yang melampau. blog macam ini susah nak jumpa kalau ada pun 1-2 saja kerana blo macam ni orang masuk pun boleh terkutuk sama. tahap muka blogger ini mungkin sangat tebal untuk jadi Kalis-kutukan!

5. blogger kaki bisnes. tujuan blog dibuat hanya untuk berbisnes. ya dulu kai ada juga satu blog untuk bisnes tapi sejak da berhenti terus delete dari dunia blog. blog macam ni selalunya bagus kerana boleh menyenangkan kaki-kai shopping yang malas nak bergerak. fast, easy and accurate!

kaki bisnes mesti kenal siapa Donald Trump ni kan?

6. blogger kaki berita, kelajuan entry blog ini mungkin sepantas kereta f1 di litar sepang. blogger ini lebih kurang sama dengan blogger no 1 tadi, cuma bezanya blogger ini cuma letakkan berita-berita semasa. Mungkin bagus kalau wartawan tempatan baca, boleh dapat kerja jadi pemberita tu.

7. Blogger kaki raja lawak! entry blog mereka sentiasa lawak, dan buat orang gelak sakan. blog ini bagus untuk mereka yang bosan gila dan perlukan sesuatu untuk digelak. Kai sangat suka blog yang begini!
gelak sampai hilang lidah boleh?

8. Blogger kaki informasi yang berkesan. blog ini sangat la best la selalunya tahap pengunjung sangat la banyak. bagi kai blog info, Ben Ashaari la yang sangat best. ada juga sesetengah blog yang mengajar cara-cara mengunakan blogspot dengan lebih baik!

jadi korang kategori yang mana?Jom Like!:D

Wednesday, January 12, 2011

Eh! Peliknya dunia ni..

5 comments
perkara-perkara pelik dekat dunia ni sebenarnya banyak sangat. Kadang-kadang kita tak tahu tapi kita selalu buat tak tahu..

1) Kita tahu tinggal solat berdosa, tapi kita masih tinggal juga.

2) Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat hingga Rm7,000 ke Rm8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yg bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan Rm1,250 sebulan.

3) Kita tahu kelajuan boleh membawa kematian, tapi kita tetap bawa kereta + motor laju-laju dekat jalan raya.

4) kita selalu salahkan perogol sebab rogol perempuan, tapi kita tak pernah salahkan perempuan tu suka pakai ketat + seksi.

5) bila memandu kita tak bagi langsung orang potong kita sebab takut lambat, tapi kita sanggup turun bertengkar 3 jam lepas lampu tercium sikit dengan bumper kereta belakang.

6) Kita marah kalau wartawan tulis buruk-buruk pasal artis kesayangan kita, tapi artikel wartawan tu juga la kita cari bila beli surat khabar.

7) Kita selalu mengata orang lain, tapi kita tak pernah sedar yang kita 2x5 je dengan orang yang kita kutuk tu.

8) kita kata kita tak kedekut duit, tapi bila kawan minta pinjam kita selalu kata takda walaupun tengah kaya masa tu.

9) Kita gelak orang jatuh dalam longkang, tapi bila kita jatuh kita nak pukul sapa yang gelakkan kita balik.

10) Kita tahu suara kita tak sedap, tapi kita tak sedar kita lebih banyak karaoke sebab perasan suara sedap sangat.Jom Like!:D

Tuesday, January 11, 2011

Kenapa Aku tak suka perkataan KALAU!

1 comments
hari ini, kai nak cerita pasal perkatan KALAU ini. perasan tak kita ni selalu sebut perkataan ini tapi tak sedar? kenapa bagi kai perkataan kalau ini sangat tak berguna.

korang pernah dengar ayat-ayat tak best camni tak:


(1) "Kalau lah aku boleh terbang kan bagus?"
(2) "Kalau lah aku kaya sekarang ini kan? tentu.."
(3) "Kalau aku hensem, tentu ramai orang suka kan?
"


cuba kita fikir-fikir balik, tak ras kan perkataan Kalau ini sebenarnya ayat bagi orang putus asa. kai tahu sebenarnya ramai yang cakap perkataan kalau yang lain setiap saat + hari. kalau tak percaya, cuba korang test sendiri, setiap kali tercakap perkataan kalau terus kira. sampai habis hari tu, cuba check balik. mesti banyak punya. tak tipu la!

bagi mereka-mereka yang sukakan perkataan kalau ini, cuba ubah ayat korang balik, macamana nak berjaya kan kalau hidup kita ini masih dipengaruhi oleh ayat KALAU ini..

mungkin ada sesetengah orang tak sokong apa kai cakp dekat sini, tapi cuba la pikir balik.. nak berjaya, kita kena ubah cara kita. kalau tak sampai bila takkan berjaya dan sentiasa berkalau dan menyesal seumur hidup ni kan?

"hurm. Kalau la aku boleh berjaya.."Jom Like!:D

Sunday, January 9, 2011

Perhatian! Facebook akan ditutup 15hb Mac!

7 comments


GoodBye Mr Facebook!

adakah berita ini betul? berita sebenar di sini - Weekly World News


Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

Mark siap bagi amaran lagi : “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Mark Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset. but “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

betul juga apa yang dicakapkan oleh Mark ini. kalu online Facebook dari 15 minit boleh jadi 2 jam. sampai tinggal kelas, asignment, sekolah dan sebagainya. ad yang sampai 2-3 hari tak mandi sebab nak online Facebook ni.

kai sangat sokong satu ayat dari Mark, dia cakap “I don’t care about the money, I just want my old life back.”

see! Mark sendiri pun tak kisah, bagi korang dah sedia untuk tutup Facebook tu belum? kalau belum pun, Mark tetap nak tutup gak. haha

p/s: Mark dah borink dengan Facebook kot.. lepas Facebook takda burung(Twitter) je la kan?Jom Like!:D

Saturday, January 8, 2011

1 hari, 1 bayi dibuang!

2 comments
tahukah korang stat pada tahun 2011 ini, 7 orang bayi yang tidak bersalah telah dibuang. oh! 1 hari,1 bayi telah hilang di dunia ini. astafirullahalzim!

Jangan anggap Bayi ini objek! bayi bukan lah objek untuk dibuang-buang seperti kita membuang sampah di jalan. Mereka sebenarnya adalah insan yang teramat mulia kerana tidak ada setitis dosa pun ke atas mereka.


Tidak kah rasa bersalah terhadap mereka ini, tergolek di jalanan seperti bangkai. kenapa tidak dieberi peluang untuk hidup? kenapa? mereka tidak pernah terlintas untuk lahir di dunia jika tidak kerana kita sendiri. mereka juga manusia seperti kita, tidak ada beza sedikit pun. kenapa kita diberi peluang untuk hidup tetapi tidak mereka?

bagi mereka yang suka 'membuang' sesuka hati ini, bertanggungjawab la sikit. kalau anak kucing atau arnab boleh dibela inikan pula anak sendiri.

kenapa 'mereka-mereka' ini membuang bayi?

Tidak mempunyai Duit?
Tidak mempunyai kerjaya yang memuaskan?
Tidak berpengalaman tentang hal menjaga budak?
Tidak cukup 'besar'?


jika ini alasan yang diberi, memang kai terus hentam dieorang. semua benda boleh dibelajar dan dicari. disebabkan mereka terlalu malas ini la sebab benda ini terjadi.

"setiap pengalaman boleh dicari dengan berani mengambil tindakan"Jom Like!:D

Bapa Tonton Video Anak diperkosa

1 comments

Kejadian ini berlaku di Temerloh, apabila seorang bapa terkejut kerana menyaksikan anaknya telah diperkosa dalam salah satu klip video di telefon.

dikatakan kes ini telah berlaku pada tahun 2009, apabila seorang duda berumur 66 tahun telah memujuk anak beliau yang mengalami masalah mental masuk ke dalam rumah. Di situ mangsa telah diperkosa lebih dari tiga kali dan suspek juga telah merakam aksi tersebut ke dalam sebuah telefon bimbit.

setelah video itu bertukar-tukar tangan ke sana sini dan dijumpai oleh kawan kepada bapa mangsa. selepas mengecam bahawa itu anak kepada kawanya, dia terus memaklumkan kepada bapa itu.

bapa mangsa merupakan seorang buruh terkejut besar, lalu bertindak mencari penyebar rakaman tersebut lalu menjumpai seorang lelaki yang masih mempunyai klip tersebut dalam telefon bombit lalu melihat dan mengesahkan perempuan dalam video itu anak anak nya.

bapa terus memberitahu isterinya lalu mereka melaporkan ke Ibu pejabat polis (IPD) di Temerloh.

Mangsa yang juga merupakan anak sulung bagi 3 beradik itu telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Syah (hoshas) untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

telefon bimbit yang mempunyai klip video tersebut juga telah dirampas untuk diperiksa dengan lebih teliti.

p/s: Jiran pun dah tak boleh percaya sekarang ni.Jom Like!:D

Jeles nya Aku tengok Kau!

0 comments
*Entri ini berunsur jeles yang teramat*

kenapa? sebab kai banyak telah tertinggal bas. rugi-rugi! Sejak akhir-akhir ni ramai kawan dan lepas sem akhir dan terus menjejak kaki keluar dari kolej 'Kesayangan' kiteorang Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU).

Sebab apa kai jeles? WELL. Sebab kai masih perlu berada di sini. Kadang-kandang sedih pun ada, ramai sekarang tengah sibuk cari tempat Praktikal. kalau ada yang tanya, memang kai tak jawab banyak tapi senyum je la. Siapa tak jeles kan? Budak-budak rumah kai semua dapat Pratikal Di Pulau Pangkor. kite orang masuk sekali, tapi masa keluar.. sedih nak cerita.


Terpaksa la menjadi Super-Senior dekat sini. kalau nak kata bangga memang tak la, buat apa lama-lama sampai beruban dekat sini kan? siapa suka angkat tangan laju-laju?

So, kepada kepada semua yang akan habis sem ini, kai doakan final exam korang sume terbaek la kan? kalau tak memang tak dapat keluar lagi la kan? yang penting korang yang keluar tu teori + praktikal kena sama kuat. kalau teori kuat, tapi praktikal kurang nasib la. Kalau kena maki dengan Chef GOrdon Ramsay macam dalam cerita Hell's kitchen tuh pandai-pandai la jawab ok?

Tahan telinga jangan bagi berdarah ok kawan!

luahan hati yang hampa dari Kai azmier
Pelajar Kuala Lumpur Metropolitan University
Diploma in Culinary Skill
Jom Like!:D

Friday, January 7, 2011

bukan Manusia kalau tak reti Melepak

7 comments

soalan teka-teki untuk hari ini.. Melepak sebenar satu nikmat atau satu pembaziran? sejak-sejak minggu exam ni, budaya melepak makin menjadi-jadi dekat kai. study? tak juga. online free? mungkin la. haha.

ok la internet free + laju. sapa taknak. boleh update blog sesuka hati macam di entri ni. berbalik kepada tajuk entri di atas sana. Sapa tak suka melepak, angkat tangan?

tipu la. kita sebagai seorang manusia tak dapat lari dari melepak, iya la dari tension kerja, hal rumah tangga semua tu baik keluar kejap dengan kereta ke basikal pergi tempat lapang dan teruskan aktiviti Mulia ini.. best ok. macam-macam boleh dapat.

dah la dapat tengok setiap gelagat orang semua, eh betol la.. takda sapa nak marah. Bagi lelaki-lelaki yang single pula dapat tengok awek. sambil suit-suit bagai. *jangan tiru aksi ini*

kadang-kadang budaya ini sebenarnya bagus, dapat tenangkan fikiran kita, kalau macam blogger ini dengan melepak la korang dapat idea yang fresh buta-buta. takda la nak copy paste entri orang letak kat blog semua, siapa nak baca kan? dah macam pakai barang 2nd-hand pula.

so, apa kai nak cakap dekat entri ini, Jangan hentikan budaya melepak,
MAJULAH LEPAK UNTUK NEGARA!Jom Like!:D

Thursday, January 6, 2011

Soalan menarik tentang Bola Sepak

7 comments

masa tengah tunggu Arsenal lawan Manchester City, kai terfikir lak idea nak buat entri mengarut ni. khas untuk sesiapa yang tengah bosan nak tunggu Game pukul 3 kejap lagi.

kadang-kadang kita terlupa sebenarnya ada macam-macam perkara pelik tentang bola sepak. tapi tak pernah lagi kai tengok ada yang berani nak tanya soalan-soalan pecah punggung ne. dengan ini, kai selamba badak akan tanya dan korang kalau ada jawapan boleh bagi jawapan tanpa segan silu. kai tak makan orang maaa *loghat cina sikit*

soalan 1: Kenapa 1 biji bola diberi untuk 22 orang pemain?
yang ni kai pelik sebenarnya, kenapa la tak dicipta 22 biji bola untuk setiap pemain. kan ke lagi senang nak bagi gol. takda la nak nangis guling-guling kalau Wayne Rooney tak dapat jaring penalti. kan?

soalan 2: Kenapa Referee kena lari sama?
bukan ref saja sebenarnya? penjaga garisan, tukang baling bola semua kena lari. kenapa ea? sedangkan kita sepatutnya tengok 22 orang pemain berlari berguling-guling atas padang tu. Ref ne selalunya akan berlari bersungguh-sungguh pergi ke bola, tapi sepaknya takda la kan? tapi kalau dapat interview ref masa tengah lari, mesti dia cakap "Im tired to catch the ball but can't even kick it even once!"

soalan 3: Kenapa setiap pemain kena pakai kasut/but bola?
tahu la tengah main bola, tapi kenapa kene pakai? takkan la tak boleh pakai kasut lain. apa? tapak tajam? eh, cipta la kasut tapak tajam tu. suruh la Nike, Adidas tu fikir idea besh sikit asyik2 tengok semua kasut sama je. pemain pun nak jak pakai sandal, kalau tak pun pakai high heel ke. haha!

soalan 4: Kenapa Setiap pemain pakai seluar pendek?
kalau ikot ajaran islam seluar atas lutut dah kire haram da kan? halal haram tolak tepi kejap, yang kai pelik kenapa tak boleh pakai seluar panjang? kalau tak pun pakai skinny ke. kan ke lagi meriah. dah la trend sekarang pakai skinny, ni tak sejak dari zaman bola sepak dicipta lagi seluar katik juga menjadi idaman kalbu.
soalan 5: Kenapa palang gol dicipta?
selalu kalau tengok bola, kalau bola kena palang je mesti sakit hati kan? kenapa palang tu dicipta? kacau la, cuba la lukis garisan ke, kalau tak pun buang garisan dekat dinding tembok china bagai tu. tendang pastu dapat point. kan senang. tak payah pengutip bola susah-susah nak ambik bola bagi dekat pemain balik. dieorang da la kerja tak bergaji. penat tau tak?
soalan 6: Kenapa bola sepak tak boleh bawak balik?
kalau tengok game Baseball bila bola sampai ke arah pemain dieorang akan tangkap, sapa dapat kira bertuah la lepas tu. simpan berkurun-kurun lama sikit pastu jual. harga gila-gila punya mahal. tapi kenapa bola sepak tak boleh buat camtu? takkan la bola sepak dicipta 1-2 biji je untuk setiap game? kata kaya.. haha!

ok2! tamat sesi merepek bersama kai, kita jumpa lagi di lain waktu, di lain entri dan di lain memori. *kalau tak paham, buat-buat paham sudah!

sumber dari Uncle GG!

p/s: sekali sekala buat entri merepek buleh kan? asyik nak serius je tak besh la nanti.. hahaJom Like!:D

Wednesday, January 5, 2011

Serius! Cuba ingat balik dosa korang!

5 comments
Dosa dan pahala korang hari ini, mana lagi berat?

korang rasa korang penah buat salah tak? teett! soalan tamat, sila hantar kertas jawapan ke kaunter 3, terima kasih.. *merepek*

kalau ada yang kata tak pernah buat salah meh kai nak stalait(jentik) dekat kepala tu sikit. sakit kan? Semua manusia tak perfect, takkan ada sesiapa yang perfect dalam dunia ni, kecuali yang Di atas sana ok? kalu ada yang mengaku diri dia perfect pun sebenarnya dia anggap dia perfect tapi sebenarnya lebih kepada ketak-Perfect-kan langsung. *mara cikgu BM dengar ayat camni*

Apa kai nak cakap di sini bukan pasal perfect tuh, yang tu semua isu lama. Kai nak surh korang buat kerja sikit cuba korang tekan refresh balik dekat otak tu, tanya soalan ini. Aku ada buat salah apa hari ini? sebenarnya kita mungkin tak perasn yang kita da buat berpuluh-puluh atau beratus-ratus kesalahan untuk hari ini saja. kai sendiri pun mungkin telah buat kesalahan besar dengan merepek tak tentu pasal dekat entri ini. kalu la boleh tanya malaikat dekat kiri dengan kanan kita, kan senang? pinjam kejap buku amalan diri kita, gerenti kita dah tahu dosa dan pahala kita.

cuba fikir sejenak sambil gigit biskut bersama kopi depan laptop tu.

ada aku terlangar orang tak hari ini?
ada aku lupa nak senyum dekat kawan-kawan aku tak hari ni?
ada aku mengumpat sesiapa tak hari ni?

*banyak soalan sebenarnya kai terfikir tapi simpan untuk diri sendiri dulu la.*

apa kata amik kertas ke kalu takpun buka Mc WORD kejap. tulis kesalahan yang korang ingat. kalu rasa-rasa banyak cuba la pikir cara nak minta maf balik dan betulkan kesalahan tu. dan yang penting JANGAN bagi kesalahan ini berulang.

bak kata Dr Fadzilah Kamsah "Mari renung-renungkan lah dan selamat beramal.. "Jom Like!:D

Memancing sebenarnya SATU perjudian

0 comments

Umat Islam di negara ini digesa menghindari penyertaan pertandingan memancing atau joran yang berkonsepkan perjudian kerana ia adalah haram dan dosa besar, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, perkara itu semakin membimbangkan kerana kebanyakan pertandingan berkenaan yang begitu meluas dijalankan di negara ini, hari ini adalah berasaskan 'judi' atau qimar.

"Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar.

"Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Dr Asri, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian itu membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain.

Katanya, wang pertaruhan yang dinamakan 'yuran penyertaan' yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta.

“Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan.

“Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah,” katanya.

Dr Asri berkata sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka ia bukan judi dan pertaruhan.

“Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka 'loteri kebajikan',” katanya


kata kata ikhlas kai: kalau ikotkan balik, setiap pertandingan seperti larian marathon, berenang, pertandingan menyanyi semuanya kena bayar yuran kan? kira judi juga ke tu?Jom Like!:D

Tuesday, January 4, 2011

Movie-Movie 3D yang dinanti dan ternanti!

6 comments
makna 3d: 3 dimensi, cerita seakan akan betul dan selalu nya kn kelihatan keluar dari kaca televisyen/pawagam.

sekarang ne kai tengok begitu banyak filem-filem dalam bentuk 3d.cerita yang sepatut ditayang pad bula tertentu pun akn tergendal sebentar untuk menggantikan menjadi dalam bentuk 3d. tapi bagus juga la kan? sedap sikit nak tengok kan? dah la dapat Spek mata 3d pinjam. hehe

walupun tiket wayang untuk movie 3d ni selalunya mahal, tetapi berbaloi la. dalam dunia ni nak benda senang dan hebat memang la mahl sikit kan? dekat sini kai akan list-listkan top 5 movie dalam bentuk 3d pada tahun 2010 dan dinanti pada tahun 2011 dan 2012!

Top 5: 2010
Shrek Forever After

Toy Story 3

Despicable Me
Pirahna

Step Up 3

Yang dinanti 2011 & 2012
Tranformer

Green Latern

Spiderman 4

Underworld 4
yang dinanti tuh kai tak tahu la tarikh sebenar mereka akn keluar di wayang. tetapi kalau ikotkan sejarh cerita-cerita superhero ni selalunya akan jadi Box-office pecah panggung.Jom Like!:D

Monday, January 3, 2011

Karam Singh Walia Hina Melayu ?

5 comments


kes ini berlaku di shah alam apabila wartawan TV yang sangat terkenal telah menghina melayu dengan mengata kan bahawa Melayu dan Indonesia bukan berasal dari Malaysia serta tidak pintar.

wartawan itu telah dikepung oleh warga-warga melayu di salah sebuah kedai makan, dan memohon maaf. karam singh walia juga telah meminta maaf di depan berpuluh-puluh melayu yang masing-masing memegang kamera.

ada dari pihak mendengar Karam singh walia telah menyebut perkatan Launcau dan sakai, tetapi beliau menyakal habis-habisan. Dan mengaku tidak ada menyebut perkataan sebegitu kerana dia juga mempunyai ramai kawan melayu, serta tidak akan mengutuk kawan melayu sendiri.

p/s: tentu cuak karam singh walia ni kan.. adeh.. jangan sesekali keluarkan perkataan yang bagi orang marah la..Jom Like!:D

Tips jadi seorang Blogger Tegar

4 comments

selamat datang ke dunia blog. bagi mereka-mereka yang sudah lama da bergelar otai-otai blogger tu mesti da tahu kerja atau tangungjawab blog masing-masing kan? ok kai bagi tip ini untuk newbie yang baru dua-tiga saat lepas buat blog atau freshy blogger yang ada dalm dunia blog ini.

benda ni sebenarnya tak kira la korang umur berapa sekali pun, bagi korang yang da buat blog tu perlu tahu dan kalau boleh tanya diri sendiri "Aku buat blog sebab apa?" bagi mereka yang dah lama mesti da tahu tujuan blog ini dilahirkan tpai bagi newbie mesti masih tercari-cari apa sebab blog korang dibuatkan? blog korang berkonsep apa? ok2! kai taknak bohong, sebenarnya kai masih baru dalam dunia berblogger dan mencari identiti sebenar blog 'Ini kisah aku'.

tip kai nak sharing dekat sini sebenarnya untuk kegunaan kai juga.. Sharing is caring kan?

Cari identiti Blog
korang kena tahu kenapa korang tulis blog? entri-entri korang selalu pasal apa? dan apa yang korang minat? cube korek sikit idea dalam otak tu, buat apa yang korang minat. share dekat blog. tak payah la buat blog nak maki orang, buang masa dan takda faedah langsung.

Jangan MALAS update blog!
yang ini betul, kai sendiri kadang2 tak sempat nak update jadi kai suka auto-publish je. jangan malas nak update, korang da buat blog kan? be responsible sikit la. blog korang ini macam harta korang juga la, kena la jaga 'die' elok-elok nanti rosak susah. nanti kalau korang rajin update, boleh dapat banyak ilmu. ye la rajin dok perah otak nak tulis entri apa kan?

Jangan Rosakkan Blog
maksud kai kat sini ialah, bagi blogger baru yang mungkin baru kenal blog tu tak payah la buat entri mengarut. maki sana maki sini. nanti ramai masuk pun rasa macam tak puas hati je. tak payah la buat entri nak cari gadoh macam ada sorang blogger yang tekenal walaupun entri baru 2-3. eratkan silaturrahim tu, buat ap cari musuh. kalau nak cerita dekat entri pun cerita yang baik-baik dan yang penting kena la ada pengajaran ok?

Warna dan kedudukan blog korang macamana?
korang kena la susun sikit blog tu, main colour sikit. tpai jangan la sampai jadi macam badut lak. ala dulu masa sekolah dulu pandai je main dengan pensel warna/crayon masa subjek pendidikan seni. biar blog nampak meriah dan lawo. baru ramai nak follow dan baca entri-entri kita. kan?

agak-agak korang blog kai ini ok tak?

kali ni kai dapt bagi 4 je. maklom le.. sejak-sejak exam ni banyak perah otak untuk subjek2 so langsung takda tenaga nak perah otak pasal tip ne..

Jom Like!:D

Ops! Buang alat sulit merata-rata

0 comments
oh! betul ke apa kai tulis ne. kai baru baca apsal ini tadi. bukan setakt buang bayi je. alat sulit pun da jadi macam barang permainan da sekarang. main baling-baling pula benda ni.. ish.

CHESTERFIELD (UK): Seorang pemuda berusia 22 tahun dipercayai menjalani pembedahan membuang alat sulitnya sendiri di rumah sebelum melemparkan organ berkenaan di sebuah taman, di sini.

Pemuda yang tidak dikenal pasti identitinya itu menunggu 24 jam sebelum muncul untuk rawatan di unit kecemasan Hospital Diraja Derbyshire di sini.

Ketika tiba di unit kecemasan, dia memberitahu kakitangan hospital yang dia hanya mengalami sedikit kesakitan ekoran pembedahan dilakukannya itu berbanding yang dijangka sebelum ini. Menurut jurucakap Hospital Diraja Derbyshire, kes pemuda itu luar biasa.

“Seorang pemuda berusia 20-an datang ke hospital kami tanpa alat sulitnya. Dia memberitahu kakitangan kami dia membuang alat sulitnya, semalam,” kata jurucakap itu. Pemuda itu meninggalkan hospital sebaik menjalani rawatan dan dia dinasihatkan doktor supaya menemui pakar psikiatri kerana dipercayai mengalami masalah kekeliruan jantina. - Agensi


nasib baik bukan dalam negara ni kan? haha. pelik je orang sekarang.

p/s: Susah sekarang, lelaki nak jadi perempuan, perempuan nak jadi laki. dunia akhir zaman!
Jom Like!:D

Sunday, January 2, 2011

Laman sosial terkini di Malaysia - Aper.my!

2 comments
laman sosial di dunia ini semakin hari semakin banyak. da macam semut pula kai tengok! selepas ikon.my dan Faces.my lahir pula laman sosial terkini di Malaysia. APER!


aper? oh! bukan kai tanya soalan ya? aper.my ini adalah laman sosial yang lahir di malaysia tetapi masih di peringkat BETA.

aper.my adalah tempat untuk tempat untuk berkomunikasi sesama ahli. mereka boleh berkongsi pendapat, maklumat, mencari kawan baru di sini. yang menariknya aper.my ini menyediakan aktiviti dan pertandingan menarik bagi ahli mereka, malah mereka juga berpeluang mendapat ganjaran yang telah disediakan di sini.

walaupun muka depan menyamai Facebook, mereka telah menambahkan keseronokan lagi dengan mewujudkan sistem memberi markah, dimana ahli boleh menukarkan mata ganjaran mereka kepada hadiah-hadiah yang menarik!

kekurangan : tak semua benda 100% sempurna kan? bagi laman sosial ini kekurangan terdapat dari segi bahasa kerana mereka menggunakan bahasa rojak/SMS. jadi bagi kai, laman ini cuma sesuai untuk golongan remaja berumur 13 - 18 tahun je la.

buat masa ini, Aper.my masih di peringkat BETA, dan mereka masih menambah fungsi-fungsi untuk setiap ahli mereka. apa tungu lagi? mari kita berdaftar sebagai ahli di aper.my

sokong la barang buatan Malaysia!




Jom Like!:D

Kicap pun di cetak rompak!

2 comments
oh! sekarang bukan sahaja DVD cetak rompak berluasa. Kicap kipas udang juga menjadi mangsa cetak rompak. apa ini? tak boleh ka fikir dan cipta design yang lain. sangat mendukacitakan.

Penutup botol dan warna yang berlainan!


SEREMBAN - Kicap Cap Kipas Udang adalah antara jenama popular di kalangan pengguna di negara ini.

Tetapi ramai yang tidak sedar, oleh kerana popularitinya itulah jenama tersebut menjadi mangsa tiruan dan beredar dalam pasaran.

Bagaimanapun kegiatan haram itu terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Mohd. Nor Musa berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat kicap berkenaan.

"Ketika serbuan terdapat lima individu termasuk pemilik syarikat berkenaan di premis terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli," katanya ketika ditemui di sini semalam.

kalau korang perasaan sebenarnya banyak barang lagi telah dicetak rompak. Jenama adidas telah di ganti dengan asadi. Puma diganti kepada Ruma. tentu menyakitkan hati mereka yang penat-penat fikir dan cipta produk ini. orang yang mencetak rompak ini senang-lenang meniru design dan kadang-kadang terlalu sama design! sangat pemalas!

kan lagi bagus kalau mereka yang suka meniru ini cipta sendiri. tentu pelbagai jenama menarik akan berlaku dan memberi lebih banyak pilihan untuk pengguna.

p/s: kategori berita telah diwujudkan sempena tahun 2011. entri untuk berita akan ada setiap hari pada pukul 8.00 pagi!
Jom Like!:D

Saturday, January 1, 2011

Mereka Haiwan bukan binatang!

3 comments
tajuk yang agak mengelirukan ye.. maksud kai 'mereka' itu adalah kucing. oh! mereka sangat comel dan disukai oleh nabi-nabi kita semua. tapi kai pelik kenapa ada sesetengah perempuan yang sangat takut kucing ini. eh! ini kucing bukan harimau la!

mari kai bagi info sikit pasal haiwan yang comel ini. mereka ini berbadan kecil selalunya dari 2 - 7 kg. mereka dapat hidup dalam 15 ke 20 tahun. telah tertulis di guiness world record yang kucing tertua berumur 36 tahun. wah! pangkat otai ne. kucing sebenarnya karnivora, tetapi sesetengah manusia suka bagi mereka makan nasi, sayur, roti dan sebagainya. kadang-kadang mereka tidak suka menyentuh makanan lain selain Ikan! yummy bagi mereka..

apa yang kai nak cerita di sini bukan sejarah keturun kucing, ataupun kisah-kisah seram dari kucing hitam. tetapi penyiksaan terhadap mereka. ada sesetengah mereka menganggap mereka ini sebagai objek. untuk dipijak-pijak, di hentam bagai. oh! tidak rasa berdosa kah anda? gambar ini kai dapat dari salah sebuah forum Malaysia Infomaya.net. penyiksaan terhadap haiwan ini sangat memilukan. sunguh jahanam mereka yang buat ini!

amaran! bagi ibu-ibu yang mengandung dan bagi mereka yang mudah loya/anti-keganasan tolong jangan tengok lama-lama!


pernah tengok? ya video pasal kekejaman ini penah tesebar luas di Facebook satu ketika dulu. takda langsung berperikemanusiaan orang yang buat begini.


Jom Like!:D

Al-fatihah kepada Faizal Yusof!

0 comments

Kita kehilngan satu lagi seniman di Malaysia ini. Al-fatihah kai ucapkan kepada pelakon faizal yusof.pelakon yang dalam cerita adam maya , yang menggantikan bagi watak awal ashaari dalam movie Im not single.

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada tarikh 1-1-2011, pada jam 2.30 petang tadi. akibat serangan sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur.



suatu ketika dulu bersama siti nordiana

Semoga rohnya dicuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. amin!
Jom Like!:D

60 000 laman web lucah ditutup!

0 comments

wah! bagi kaum2 lelaki dan perempuan yang layan huruf L ni mesti akan menangis! haha

kai baca tadi dari akhbar sinar harian, lebih dari 60 000 laman web lucah telah ditutup untuk menghalang kegiatan pornografi berleluasa di negara ini.

tahukah korang lebih dari 1.8 laman web lucah wujud di negara ini dan pihak kerajaan cuma dapat menutup 60 000 lebih laman web yang tidak sihat ini. terlalu banyak dan senang untuk dicari. Maksudnya la kan dalam satu hari tentu ada berpuluh-puluh laman web lucah telah dibuat?

tindakan mereka tentu tidak akan berhenti setakat dsitu saja kan? malah mungkin tidak ada satu pun laman web lucah yang akan wujud di dunia siber kita ini lagi. insyallah, satu hari nanti.

ops! lupa kai nak cakap, ini berlaku di negara China saja.

sumber betul dari Sinar Harian

p/s: ini adalah entri-entri pertama di tahun 2011 ini!Jom Like!:D

wah! Mat gebu follow kai?

2 comments
wah! tak sangka blog kecil macam semut ini difollow oleh otai dari Mat gebu! thank you !

kai terus speecless, tak tahu nak cakap apa. kai dah rasa macam menang nominees dalam Music award pula. haha. Tapi kai boleh cakap satu je semangat kai untuk berblog terus melimpah-limpah hari ni, lepas tengok blog di pagi 2011 ini!

tak percaya? meh kai Printscreen.

sila klik untuk berlakunya tumbesaran .

Terima kasih daun keladi mat gebu!Jom Like!:D

Selamat Jalan 2010, Selamat Datang 2011

4 comments

celik mata hari ni terus pandang kalendar dekat handphone. oh 1-1-11! wah! No yang sangat cantik untuk di ekorkan. uish! dosa la! *taubat kejap*

Korang sambut tahun baru semalam dekat mana? Kai semalam Pergi Dataran merdeka je.. layan bunga api dekat sana, ada juga artis M.nasir,Amy search, Misz Nina dan lain2. boleh la tahan kan, dapt karaoke Free. nasib baik la semalam takda gado bagi-bagai. tapi kawan kai cerita sambutan dekat Pavillion berlaku teruk gak. sampi berdarah kepala kena ketok dengan botol kaca. adeh!

ok, tahun lepas banyak benda kai miss. kan kai pernah cerita dekat entry selamat datang ke bulan disember! kai harap tahun lepas tu dapat la kotakan misi-misi dan cabaran tahun lepas yang tak sempat nak buat lagi ni. korang ad tertinggal apa-apa tak tahun lepas? kalau ada tertingal mari buat betul2 tahun ni. Kita boleh!

azam tahun ne? korang ad azam tak? siap azam ea? haha! azam bukan nama orang ok. azam kai untuk Blog 'Ini Kisah Aku' tahun ni:

  • Mendapat follower ke 1000
  • Menjadikan Blog info paling cepat
  • Mendapat UV klik 200-300 sehari
rasa-rasa dapat tak kai? maklum la kai masih baru lahir lagi dalam blog ini. kalu nak dibandingkan dengan otai-otai macam Ben Ashaari, Red Mummy, Mat Gebu, Dark Batman dan otai yang hebat-hebat dekat blog ini memang macam langit dengan air la kan? mereka adalah otai blogger terbaik!

jadi sebelum entry ini dihabiskan kai nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua di dunia ini dan siapa yang baca blog kai yang tak seberapa ini. amin
Jom Like!:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...