Friday, January 14, 2011

mari kenali Kategori Blogger ! wajib tahu!

korang tahu kategori blog korang? korang suke tulis pasal apa ea? kategori-kategori di bawah ne bukan la yang betul-betul tapi kategori dari mata kiri dan kanan kai ini. sebenarnya kai sendiri pun tak dapat kenal pasti lagi blog kai ini kategori yang mana. ye la blog ini masih di tahap ke-MENENGAH-an saja kan, blog ini pun baru setahun bendi.*selalu sebut jagung, tukar la pula*

1. Blogger yang suka men potong-lekat(copy-paste) Entry dari forum-forum kat malaysia ini macam jiwang.net, infomaya.net, syok.org dan sebabgainya. Tahap blog diview mungkin banyak tapi tak asli la ok? bagi yang sukakanya jangan lupa kredit kan, marah pula tuan punya artikel sebenar nanti.

2. Blogger berjiwa kesukanan. kalau tengok dari blog tu mesti banak pasal sukan, tambah-tambah ada beratus0ratus peminat bloa sepak ini kan? semua keputusan epl, piala malaysia, piala dunia nak letak dekat blog tu. kalau yang lagi expert tu, cara-cara nak tendang bola pun boleh letak juga dalam blog tu kan?

orang sepak bola, aku sepak kepala

3. Blogger yang suka cerita pasal diri sendiri. hari ni buat apa, makan nasi tambah berapa kali, tidur dekat mana malam ni, semua letak dalam blog. selalunya blogger perempuan la tetapi kalau ada lelaki juga kira hebat la. tapi kena pastikan anda berstatus/bertahap artis la kalau nak tulis panjang-panjang kan? kalau tak sapa la nak baca.

4. Blogger kaki kutuk yang melampau. blog macam ini susah nak jumpa kalau ada pun 1-2 saja kerana blo macam ni orang masuk pun boleh terkutuk sama. tahap muka blogger ini mungkin sangat tebal untuk jadi Kalis-kutukan!

5. blogger kaki bisnes. tujuan blog dibuat hanya untuk berbisnes. ya dulu kai ada juga satu blog untuk bisnes tapi sejak da berhenti terus delete dari dunia blog. blog macam ni selalunya bagus kerana boleh menyenangkan kaki-kai shopping yang malas nak bergerak. fast, easy and accurate!

kaki bisnes mesti kenal siapa Donald Trump ni kan?

6. blogger kaki berita, kelajuan entry blog ini mungkin sepantas kereta f1 di litar sepang. blogger ini lebih kurang sama dengan blogger no 1 tadi, cuma bezanya blogger ini cuma letakkan berita-berita semasa. Mungkin bagus kalau wartawan tempatan baca, boleh dapat kerja jadi pemberita tu.

7. Blogger kaki raja lawak! entry blog mereka sentiasa lawak, dan buat orang gelak sakan. blog ini bagus untuk mereka yang bosan gila dan perlukan sesuatu untuk digelak. Kai sangat suka blog yang begini!
gelak sampai hilang lidah boleh?

8. Blogger kaki informasi yang berkesan. blog ini sangat la best la selalunya tahap pengunjung sangat la banyak. bagi kai blog info, Ben Ashaari la yang sangat best. ada juga sesetengah blog yang mengajar cara-cara mengunakan blogspot dengan lebih baik!

jadi korang kategori yang mana?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...