Saturday, December 11, 2010

4 tahun Penjara hanya kerana 10 ringgit!

wah! berita ini buat kai gelak sendiri ja.. hanya kerana Rm10 seorang peragot terpaksa masuk penjara sampai 4 tahun. aduh.. rasa kau penjara! nk sangat ragut orang. pegi la ragut rumput kat padang sekolah tu takda la bersalah pun, siap dapat pahala lagi kn?



KUANTAN – Akibat meragut beg uncang mengandungi wang RM10 milik seorang pelajar perempuan, seorang penjual ikan dikenakan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.


Hakim Irwan Suaibon menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dari Triang, Bera selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya pada 12 November lalu.


Irwan menjatuhkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh Nik Khairul ditangkap selepas tertuduh merayu supaya diringankan hukuman kerana isterinya baru melahirkan anak yang kini berusia tiga minggu.


Selain wang, uncang tersebut mengandungi kunci rumah, MyKad, buku bank dan surat hospital.


Nik Khairul dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

p/s: agak2 malu tak kalau rakan lokap tanya sebab apa budak ne kena Penjara? haha

3 comments:

misz FaTiN said... [Reply to comment]

2 la sapa suwo meragut,, kan da kena lokap..

kesian kt ank die yg kecik 2..

kai azmier said... [Reply to comment]

@miszFatin >> itu larh pasal.. orang cmni tak pikir panjang .. da taw anak baru lahir kerja la elok2..

M. Faiz Syahmi said... [Reply to comment]

takde keje cari keje.
takde duit cari seduit.

macam tulah.

lain kali rompak bank.

baru berbaloi baloi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...