Thursday, December 16, 2010

Budak sekarang dah pandai ya!

oh! tidak! apa nak jadi dengan budak2 sekarang.. kalau zaman aku dulu semua sangat2 la 'ribena' tetapi kenapa budak sekarang lebih pandai.. jeles nya aku! kalau zaman aku dulu pergi sekolah bawak telefon ke sekolah adalah satu perkara yang boleh membunuh diri-sendiri tetapi sekarang? "cikgu, nak pergi tandas" dengan ucapan begitu sahaja mereka sudah boleh ke belakang sekolah dan bermesej2! apa ini? peraturan sudah longgar.. Peraturan2 dulu yang bersaiz XXL sekarang sudah menjadi S.. adakah kerana jus mate 5? *aku sudah merepek*

apa yang aku nak cakap disini bukan la sebab telefon ye? berita ini aku dapat dari Jiran aku, Makcik Metro.. di mana rakaman 'panas' budak telah dijumpai. yang menambahkan kepelikan aku ialah budak itu dipercayai adalah adik beradik kandung? wah! apa sudah jadi?


BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun. Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.

“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa. “Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.

oh! sangat mengecewakan!

p/s: kai nak beli telefon baru, sapa ada suggestion telefon menarik ?

14 comments:

MiSzy DiaN said... [Reply to comment]

bahaya nya budak2 zaman sekarng..
dah tak pk masa depan..
nasib baik dlu tak bwa fon kt skola
sbb ari2 je ada spoctcheck taw..

kai azmier said... [Reply to comment]

@MiszyDian >> ya.. budak2 dulu gk ok.. hahax! sama la skolah kai dulu pun ari2 adew spotcheck.. msti sbb ada kaki dengki & kaki repot! haha

real of nur adiba said... [Reply to comment]

yg bluetoto blue tu lak pe citer??? huhuhu fikir-fikirkan..

kai azmier said... [Reply to comment]

@realofNurAdiba >> same jek.. pelik2.. lg canggih dunia kita lg cepat berdosa kita dpt.. haha

MiSzy DiaN said... [Reply to comment]

kai..hehe.kitorang ari2 ads spotcheck sb skema sgt skola..tp bagus gak sb kes disiplin kurg kan.. :)
kaki perpot tu kompom ada dlm kelas dian dlu taw..
hahaha..

kai azmier said... [Reply to comment]

@MiszyDian >> ok la tuh.. peraturan masih bersaiz XXL.. haha

mary ann ;) said... [Reply to comment]

bahayanya.. ish budak2 nieh, kena pantau betul2..

apa kata pasang cctv je kat badan dorang tu pasnie..hehehehe

kai azmier said... [Reply to comment]

@maryAnn >> susah la kalo cmtuh.. mcm idop dlm penjara plak.. =)

MIMIE AIZA said... [Reply to comment]

mereka mmg melampau. hahaha.. tu la namanya teknologi memakan diri :)

eh saya ada kenalkan 2 blogger baru. tolong support diorang eh
http://mimieaiza.blogspot.com/2010/12/award-ke-lapan-dan-jum-kenali-mereka.html

terima kasih :)

kai azmier said... [Reply to comment]

@MimieAiza >> itu la pasal.. bahaye d budak2 skrang.. blogger baru? ok2..

dilla adilla said... [Reply to comment]

budak2 skrg mmg bahaya..... bnyk sgt expose ngan mnde2 yg xptut...

bt, tq singgah kt blog..=)

Misz Mas. said... [Reply to comment]

dasat betol lah.

kai=beli c6 la.best!sy pakai tu.huhu

Syiela O-lala said... [Reply to comment]

seramnya dgn bdk bdk zaman sekarang nihh

kai azmier said... [Reply to comment]

@DillaAdilla >> itu lah.. budak2 sekrang da pkir mcm org dewase kowt..

@MiszMas >> itu ler pasal.. c6 besh kew? kai kureng sket la kalau nokia ne.. =)

@syiela >> taw xpa.. bahaya kot!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...