Saturday, December 18, 2010

5 bahasa tubuh lelaki itu Tak minat korang

apa khabar semua manusia alam maya? sihat kah korang? tak sihat pergi makan ubat ok? harini kai nak bagi Tip of The day .. selalu asyik bagi info je kan?

Tip of the day kali ini kai nak ceritakan 5 bahasa tubuh lelaki yang menunjukkan lelaki tu langsung tidak minat dekat korang.. lepas ne kaum2 wanita boleh la terus tinggalkan kalau ada lelaki yang buat begini ok?

Duduk jauh-jauh
lelaki ini akan bersandar jauh dari korang.. tak kisah la korang tengah duduk ke berdiri ke.. yang penting dia akan duduk jauh dari korang.. so korek la sikit-sikit dengan lelaki tu kenapa dia berdiri jauh sangat. adakah sebab bau korang ?

Aktiviti Mengoyangkan seluruh badan
pada saat ini, lelaki ini akan mengoyangkan habis kaki, badan dan seluruh anggota badan, tetapi jangan salah anggap pula ya? mungkin lelaki itu mempunyai Parkinson sebab itu korang nampak mereka ber 'vibrate'.

Kedudukan Kaki yang berlawanan
kaki mereka tidak akan bertemu dengan kaki korang.. kalau tengok betul2 nampak macam lelaki itu mahu bangun dan terus cabut dari situ.

senyuman yang sangat 'manis'
kalau korang senyum , lelaki itu akan membalas senyuman dengan teramat jahil di mana senyuman tanpa membuka mulut akan terjadi.

Melihat dari kedudukan tepi muka
lelaki ini akan bercakap dengan korang dengan hanya melihat tepi muka sahaja. percakapan juga tidak acuh malah tidak kuat.

Jika ada lelaki begini, tinggalkan sahaja. jangan harap la dieorang nak mintak no dari korang ok?

14 comments:

Mra Mastura said... [Reply to comment]

kalau dy mmg spesies lelaki pemalu mcm prmpuan mcm mana?? mmg xkn ckp tgok muke... T.T

Anonymous said... [Reply to comment]

werkk!! x hingin hahaha:P

Anonymous said... [Reply to comment]

haha., bergune nih :P

Miss b said... [Reply to comment]

nasib baik x pernah alami camtu.

kai azmier said... [Reply to comment]

@MraMastura >> yang tuh lain la.. lelaki cmtuh akan tgk muka gk.. seyes.. kalao lelaki tak suke, die pandang acuh x acuh macam tu je..

@chuisme >> x hinggin ape tu? hehe.. sharing is caring..

@Myaby >> bagos le.. setakat ne semua org suka kt u lagi.. =)

izzatiRosli said... [Reply to comment]

aishhh mcm pna buat je. hehe

kai azmier said... [Reply to comment]

@Izz >> ye kew? pastu apa jadi dengan orang tu?

Ain Zulaikha said... [Reply to comment]

nak tahu tak, susah nak cari lelaki suka senyum.. yang sy tahu lelaki banyak gelak.. hehehhe

kai azmier said... [Reply to comment]

@AinZulaikha >> betol2.. lelaki senyum kalau masa dieorang da penat gile.. malas nk gelak jd dieorang senyum je la.. =)

dilla adilla said... [Reply to comment]

hahaha... cepat2 lari kalo ade lelaki camnie...

Bella ♥ said... [Reply to comment]

berjaga jaga lah kalian!hahaha :PP

efa said... [Reply to comment]

nice info ni..tp selalu jmpa laki yg ssh senyum la plak...malu ka?apa ka tu erk?haaha

Wan Gerrard said... [Reply to comment]

senyuman gerrard tak berapa nak manis la bro..hahaha

kai azmier said... [Reply to comment]

@dillaAdilla >> jgn la lari.. tgk dulu.. mane taw mule-mule je.. haha

@Bella >> ya.. sentiasa berwaspada.. =)

@efa >> itula lain orang lain ragamnya.. nnti kai buat tip nak kenal orang tuh malu atau memang taknk dekat dgn kita.. =)

@WanGerrard >> xpew.. senyum jek.. 1 sedekah tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...