Tuesday, December 21, 2010

5 benda perempuan tak suka pada Lelaki!

ingat lagi tak? kai pernah bagi tip 5 bahasa tubuh lelaki itu Tak minat korang oh rasa kekurangan rohani dan jasmani pula sebab tip tu hanya untuk perempuan je kan? haha.. kali ini kai buat tip untuk lelaki pula.. untuk menyedarkan kaum lelaki kenapa perempuan yang kita suka rapat, bercintan-cintun setiap terbit matahari hingga timbul bulan boleh tinggal kan kita dalam sekelip mata.. kepada kaum perempuan kalau kai tersilap, tolong jangan marah ya?

perempuan ramai yang suka memilih? oh tidak! lelaki pun sama juga la kan? kaum lelaki jangan cakap tak ok? kai pun salah seorang lelaki di dunia ini.. haha.

5: anda seorang pemalas

ini sangat bahaya. perempuan tidak suka kalau lelaki yang mereka suka seorang yang sangat pemalas. nak bayar duit makan malas, nak beli tiket wayang pun bagi alasan malas juga. perbuatan ini sangat la menempah maut. tunggu saat je la perempuan tu akan cakap "eh asyik-asyik cakap malas, malas betul la couple dengan kau ne!"

4: anda kaki temberang

haa yang ni aku sendiri pun tak suka. perempuan lagi la kan? siapa tak menyampah kalau korang suka sangat buat cerita tak masuk akal. ada sesetengah tu kata takpe bohong sunat kan? aduh tepuk dahi je.. kalau dalam islam sunat tu maksudnya buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa kan? tapi kalau da hari2 bohong sunat tu?agak2 dapat tak pahala?

3: anda kaki tidor

kaki bola boleh diterima lagi tapi kalau kaki tidor? oh! tepuk dahi je la ye? bayangkan la sehari korang tidur mati dan tak dengar cerita langsung dari kaum awek2 korang tu.. itu baru sehari kan? kalau da nama kaki tidor gerenti la berhari2.. awek korang da pergi lombok pun belum tentu korang tahu lagi..

2: anda kaki carut

pernah tak korang sembang dengan perempuan terkeluar carut-carut ? kalau rasa ada keluar tu baik korang simpan2 kan saja dalam hati. perempuan ini sensitif.. ada sesetengah dari mereka tak sanggup nak dengar benda2 ne semua. sebab tu la keluar peribahasa kerana mulut badan binasa!

1: anda bersifat haji bakhil yang melampau

ok! yang ini sangat la bahaya. tolong jangan la tunjuk sangat sikap 'jimat-cermat' korang tu. nak makan dengan awek pun bayar asing2 sedangkan korang yang ajak keluar. mesti panas je muka awek korang tu nanti kan?

agak-agak korang yang rasa2 diri tu lelaki tu ada tak sikap begini?

p/s: ini hanyalah pendapat kai ok?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
anda suka entry-entry kai ?

mari add Fan Page Kai

Ini Kisah Aku Blog

9 comments:

Miss b said... [Reply to comment]

bab tidor tu memang btol
aku hangin btol kalau nak kuar det ari sabtu tapi dia boleh bangun pukol 4 ptg. rasa nak bg makan kaki je

ngahahaha

Unknown said... [Reply to comment]

heh, betul!
no 4 & 2 tu yang paling tak boleh tahan.
--"

eiyza zulkefli said... [Reply to comment]

lima2 tu mmang btul gurl xsuka.
i pling xsuka numb 2 ngan 4.

kai azmier said... [Reply to comment]

@Myaby >> oh! ye kew? memang tak patot btol.. *kai penah buat*

@salwaIsmail >> betol ea? thnx! ingatkan kai salah tadi..

@EiyzaZulkefli >> hahax! btol2.. tapi jgn gado2 plak ye..

Unknown said... [Reply to comment]

hahhaha..lawak giler ah!!

hans said... [Reply to comment]

aku no 2
member2 pompuan aku selalu tegur aku
haahaha

P/S : Saya Nak Minta Tolong! Anak Saya Ada Penyakit Jantung Berlubang!

kai azmier said... [Reply to comment]

@shah >> lawak ke? thnx2!

@hans >> ye kew? aq pun sbnar no 2 gak.. bahaye kalau org 'mulut longkang' ne..

Unknown said... [Reply to comment]

kaki tidor xsuka, tapi better la dri kaki bola.

kai azmier said... [Reply to comment]

@syamimiFatin >> hahax.. 2-2 tak bagos.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...